Sebuah restoran yang berpangkalan di Melbourne, Australia kini sedang giat mencari penebar roti canai atau dalam kata profesionalnya ialah Roti Canai Chef.

RotiBar, sebuah restoran yang menyajikan makanan asli dari Malaysia ini memerlukan khidmat penebar roti canai dan anda yang terpilih bakal menerima gaji sehingga RM200,000 – namun tidak dinyatakan adakah ini gaji bulanan atau dikira setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam sebuah iklan yang dimuat naik di laman Seek.com.au, RotiBar mencari mereka yang berkelayakan untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai pengalaman menebar roti canai, mampu bekerja dalam tekanan, boleh ikut arahan dan memenuhi setiap syarat untuk bekerja di Australia.

Hantaran ini telah pun tular di beberapa laman media yang bertapak di Malaysia. Kebanyakan netizen terkejut dengan tawaran gaji yang tinggi, sebahagian pula membandingkan gaji penebar roti canai di dalam negara.

“Saya tak sangka, penebar roti canai juga sudah menerima gaji di tahap yang profesional. Ini baru betul, kena dengan kemahiran,” kata salah seorang netizen di Twitter.

“Ada anak nanti, aku nak asah bakat anak aku jadi penebar roti canai yang berkualiti. Balik rumah boleh berlagak, tebar roti canai tapi pakai BMW,” kata seorang netizen dengan nada bergurau.

Buat macam-macam kerja semasa tunggu ‘housemanship’, siapa sangka ini yang aku dapat. Rujukpautan di bawah untuk membaca.

Buat Macam-Macam Kerja Semasa Tunggu ‘Housemanship’, Siapa Sangka Ini Yang Aku Dapat

Mahu Jadi ‘Barber’ Yang Berjaya Bawa Anak Yatim Ini Berkelana Timba Pengalaman Di UK

Ejen Cari Kerja Janji Gaji Lumayan Di Korea, Lelaki Ini Dedah Bagaimana Beliau Ditipu