Sebuah restoran di China telah meminta pelanggan untuk menimbang berat badan bagi menentukan menu apa yang boleh dipesan oleh mereka berdasarkan nilai pemakanan dan kalori.

Restoran Chuiyan Fried Beef yang terletak di Changsha City, China telah menggunakan satu aplikasi bagi menentukan makanan yang boleh dipesan oleh para pelanggan berdasarkan nilai berat badan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut South China Morning Post, pengunjung wanita dengan berat kurang dari 40 kg tidak dibenarkan memesan lebih dari dua makanan, sementara pengunjung lelaki yang beratnya antara 70-80 kg dibenarkan memesan hingga tiga makanan.

Tujuan restoran ini melakukan peraturan sedemikian adalah kerana mahu mengurangkan pembaziran makanan selepas Presiden China, Xi Jinping menyatakan China menghadapi masalah pembaziran makanan yang serius.

Selari dengan itu, negara ini harus segera mengambil langkah untuk “menghindari krisis pembaziran makanan”.

Peraturan ini walaubagaimanapun mendapat kecaman dari netizen di China dengan kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk memesan apa sahaja makanan yang mereka mahukan.

Pihak restoran juga telah tampil meminta maaf melalui akaun Weibo. Mereka memberi alasan bahawa peraturan ini dilakukan adalah bagi menyokong kempen kerajaan China yang mahu mengurankan pembaziran sisa makanan.

Terdahulu, Sofi Jikan telah tampil dengan gaya gangster untuk menilai makanan. Ia telah menyebabkan kebanyakan netizen tidak kering gusi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Review Makanan Gaya Gengster Sofi Jikan Ini Sekali Lagi Buat Netizen Tidak Kering Gusi

Pesan Makanan Beserta Ugutan, Tindakan Biadap Pelanggan Ini Buat Netizen Tergamam

Dipukul Ketika Hantar Makanan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Dalam Video Tular Di Pulau Pinang