Berbincang mengenai KFC, rangkaian kedai makan ini tidak pernah mengecewakan pengguna dengan penawaran idea yang kreatif. Terbaru, KFC telah mengumumkan restoran terkecil mereka di Oregon, Portland. Melalui restoran ini, bukan sahaja ‘bangunan’ KFC ini sahaja yang kecil malah kesemuanya kelengkapan termasuk set yang ditawarkan juga sangat kecil.

Lebih menarik, para pengunjung turut berpeluang untuk mendapatkan set ayam goreng versi mini dengan harga $5 (~RM20.37). Tonton video ini untuk melihat bagaimana restoran KFC terkecil ini berjaya membawa kegembiraan pada orang ramai dengan penawaran set mini.