Sebuah restoran Kopitiam di kota New York telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahan mereka dalam menyampaikan informasi yang kurang tepat mengenai Malaysia semasa diwawancara laman Food Insider.

Memetik laporan Malay Mail, difahamkan bahawa restoran Kopitiam yang dinamakan sebagai restoran baru terbaik di AS pada tahun 2019 diasaskan Kyo Pang, anak kelahiran Malaysia. Di dalam temubual bersama Food Insider, dilaporkan bahawa mereka mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa Kyo sedang meminta suaka dari AS kerana menjadi gay adalah dilarang di Malaysia.

Selain itu, orang ramai juga tidak berpuas hati apabila restoran terbabit menyatakan bahawa nasi lemak dibuat daripada nasi putih biasa dan bukannya beras yang diadun dengan santan. Netizen bertambah kecewa apabila nasi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dimakan menggunakan penyepit dan bukannya sudu atau garpu.

Di media sosial, orang ramai mula meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Sebahagian kecewa apabila nasi lemak dimakan menggunakan penyepit, manakala yang lain pula menyatakan bahawa pihak restoran sepatutnya tidak mencampuradukkan hal peribadi dalam video ulasan makanan.

Kenyataan restoran

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak restoran terbabit menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahan mereka yang memberi informasi yang salah semasa di temubual bersama Food Insider.

Difahamkan bahawa video itu dibuat dua tahun yang lalu, manakala individu yang memberi komen mengenai komuniti LGBTQ di Malaysia sudah pun meninggalkan restoran terbabit dan dia bukanlah orang Malaysia.

Restoran itu juga meminta maaf kerana mengatakan bahawa nasi lemak dibuat daripada nasi putih dan bukannya beras yang diadun dengan santan dan ia harus dimakan menggunakan sudu dan bukannya penyepit.

Ia juga menyatakan bahawa restoran tersebut telah menghantar e-mel kepada Food Insider mengenai isu tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada laman tersebut.

Terdahulu, seorang lelaki di Britain telah melarang orang ramai menggunakan tangan untuk memakan nasi. Malah beliau meminta orang ramai untuk makan menggunakan garfu dan pisau.

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan

Nasi Lemak Tersedap Malaysia Buat Netizen Bertikam Lidah

Siapa Sangka Resipi Nasi Ayam Ini Terima 14,000 Share Dalam Suku Hari

 

Sumber