1) Justin Timberlake: Southern Hospitality
Justin Timberlake ialah co-founder, co-Creator & creative consultant bagi Southern Hospitality yang berkonsepkan BBQ gaya Memphis dan Bar. Ia terletak di kota metropolitan New York. Justin membangunkan restoran ini bersama dua rakannya iaitu Eytan Sugarman dan Trace Ayala

Southern Hospitality bermaksud orang di kawasan selatan yang bersifat mesra dan menggunakan proper etika orang tempatan. Di antaranya, memanggil orang dengan panggilan “Sir” atau “Ma’am,” membuka pintu buat si gadis, dan mengalu-alukan kedatangan orang ke rumahnya.
Website: http://www.southernhospitalitybbq.com/
2) Francis Ford Coppola: Rustic
Restoran Rustic ini dimiliki oleh pengarah filem terkenal, Francis Ford Coppola. Ia terletak di Geyserville, California. Konsep restoran ini ialah winery’s full-service restaurant yang menampilkan masakan family style bercirikan resipi tradisional Itali dan antarabangsa. Francis Ford Coppola turut menyumbangkan resipi yang digemarinya dan dinamakan ia slot Francis’s Favorites. Restoran ini pernah memenangi pelbagai anugerah. Terbaru, ‘Best Outdoor Dining’ – Best of North Bay 2014, Bohemian.com Reader’s Poll.
Website: Rustic
3) Zach Braff: Mermaid Oyster Bar
Zach Braff, pelakon utama siri Scrubs ini telah membuka Mermaid Oyster Bar sejak tahun 2009 di kota metropolitan New York. Restoran ini dijayakan bersama Danial Abrams dan rakan yang dikenalinya sejak umur 13 tahun dan kini seorang chef, Laurence Edelman. Konsep restoran ini ialah menyediakan pelbagai pilihan makanan laut terutama 16 jenis menu tiram. Mermaid Oyster Bar menampilkan persekitaran yang selesa dan santai.
Website: http://www.themermaidnyc.com/oyster/
4) Tony Hawk: Market Restaurant and Bar
Tony Hawk, skateboarder terkenal yang pernah kami ceritakan di artikel Tony Hawk dan Real Hoverboard ini telah melaburkan sejumlah wang bagi membuka Market Restaurant and Bar di Del Mar, California. Konsep restoran ini ialah kesegaran dengan menampilkan menu baru setiap hari dan chefnya pernah dianugerahkan California Chef of the Year.
Website: N/A
5) Jon Bon Jovi: Soul Kitchen Restaurant
Jon Bon Jovi memiliki sebuah restoran di Red Bank, New Jersey yang dinamakan Soul Kitchen Restaurant. Sesuai dengan namanya, konsep restoran ini sangat berbeza dan menarik. Malah, ia begitu istimewa buat Bon Jovi dan isteri yang suka akan kerja kebajikan dan mengasaskan Jon Bon Jovi Soul Foundation.
Sesiapa yang makan di restoran ini tidak perlu bayar mengikut harga di menu kerana memang tiada harga ditetapkan pada menu!
Pelanggan boleh bayar sebanyak mana yang mereka mahu. Jika tidak ada wang, pihak restoran akan mengaturkan sesuatu agar pelanggan boleh membayar dengan mengerjakan kerja kebajikan atau simple task.
Matlamat utama Soul Kitchen Restaurant ialah menyediakan makanan yang berkhasiat, sedap dan sebolehnya menggunakan produk organik.
Ini perkongsian Bon Jovi tentang konsep Soul Kitchen Restaurant:
Website: http://www.jbjsoulkitchen.org/en
6) Don Johnson: Ana Mandara
Konsep restoran Don Johnson ini berasaskan kisah cinta dan lagenda berusia 700 tahun. Namanya disempenakan dari kisah itu, Ana Mandara. Hidangan restoran ini dipengaruhi elemen Vietnam dan disaji gaya Perancis.
Contoh nama menu: Seductive Sirens and Blissful Wonders
Website: N/A
7) Ryan Gosling: Tagine
Ryan Gosling pelakon utama The Notebook telah membuka sebuah restoran bertemakan Maghribi di Beverly Hills. Ramai mengatakan restoran ini menyediakan hidangan yang enak seperti di negara Maghribi.
Website: http://www.taginebeverlyhills.com/