Nampaknya perkara yang kita tidak terfikir suatu masa dahulu kini sudah menjadi kenyataan apabila sebuah restoran di Singapura menggunakan Drone sebagai pelayan. Drone ini akan terbang mengangkut minuman dan makanan dari dapur restoran ke ruang makan restoran di mana pelanggan berada.

https://www.youtube.com/watch?v=GPFOIE_QjiI

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Pelayan Drone yang dibuat oleh satu syarikat robotic Singapura Infinium Robotics ‘bekerja’ di Timbre @ The Substation, sebuah restoran dan bar muzik.

Walau bagaimanapun, drone ini belum menggantikan manusia sepenuhnya (buat masa ini). Drone ini membuat kerja mengangkut hidangan yang selalu pelayan lakukan, tapi pelayan masih kekal untuk melayan pelanggan. Drone ini tidak terbang terus ke meja pelanggan sebaliknya akan menghantar makanan dari dapur ke drop-off area di mana pelayan ‘manusia’ akan ambil dan hantar ke meja pelanggan.

Singapore-restaurant-shows-off-autonomous-drone-waiters-01

Drone ini membolehkan restoran ini menjimatkan masa ke hulu ke hilir dan fokus kepada perkhidmatan pelanggan. Robot ini akan membawa makanan dari dapur ke ruang makan dan pelayan hanya perlu tunggu makanan sampai sebelum mengambil makanan daripada robot dan menghantar ke meja pelanggan. Pelayan tidak lagi perlu meninggalkan kawasan ruang makan dan boleh memanjangkan masa melayan pelanggan. Pelayan akan kekal berada sekitar pelanggan, bersiap sedia untuk melayan pelanggan bila perlu. Tiada lagi isu pelanggan “hilang” ke dapur mengambil makanan.

Singapore-restaurant-shows-off-autonomous-drone-waiters-02

Drone ini sepenuhnya automatik dan mampu mengelak sebarang objek dalam perjalanan dan mengesan pelayan drone lain. Drone ini juga boleh terbang dalam formasi.

Singapore-restaurant-shows-off-autonomous-drone-waiters-03

Drone ini akan “bekerja” sepenuhnya pada penghujung tahun ini dan kos operasinya lebih kurang 7 angka. Masa akan menentukan sama ada ini adalah masa depan F&B atau pun tidak. Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Anda Mungkin Suka