Adakah anda selalu mengalami situasi mahu keluar makan tetapi anda masih single dan tiada sesiapa untuk diajak menemani anda? Bimbang kalau sekiranya makan di kedai akan dilabel forever alone pula. Jadi, anda memilih untuk ‘tapau’ makanan dan makan sahaja di rumah.

Jika sebelum ini viral di media sosial tentang sebuah restoran di Korea Selatan yang menggunakan konsep agen pencari jodoh yang membantu menemukan pasangan untuk orang single serta memberikan kemudahan untuk orang yang datang berseorangan makan tanpa malu-malu.

Terbaharu, restoran yang menggunakan konsep seakan-akan sama baru sahaja dibuka di Malaysia. Mungkin cara ini lebih seronok untuk mengenali teman baru bagi yang masih bujang.

Restoran yang pertama kali dibuka di Malaysia ini bernama restoran Happiness Mini Shabu-Shabu yang terletak di Johor. Restoran ini dibuka secara rasmi pada 13 September lalu. Jika sebelum ini steamboat biasanya dimakan beramai-ramai, tetapi di restoran ini anda boleh menikmatinya seorang diri tanpa rasa janggal.

70102109_3099074910107942_5464601467543355392_n
Sumber: mothership.sg
70490744_876765962706941_5033871781681692672_o
Sumber: mothership.sg

Menariknya, restoran Shabu-Shabu ini menggunakan konsep ‘mencari jodoh’ di mana pelanggan yang makan berseorangan berpeluang untuk bertemu rakan baharu.

Kedudukan meja yang disusun rapat secara berhadapan dan dipisahkan dengan tirai kayu yang mana ia boleh dibuka dan ditutup oleh kedua-dua belah meja mengikut kehendak sendiri.

the-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-3-tile-1122×561
Sumber: mothership.sg

Jika anda ingin bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, anda hanya perlu menolak tirai berkenaan dan anda dapat berkenalan dengan teman baharu semasa makan.

Namun, sekiranya anda tidak berminat untuk mengenali orang dihadapan anda atau tidak mahu berbual, anda boleh menutup tirai tersebut dan kembali menjamu selera.

bithe-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-1024×683
Sumber: mothership.sg
70548356_876765922706945_2057205436892839936_o
Sumber: mothership.sg

Jadi apa pendapat anda mengenai restoran ini? Kreatif dan menarik bukan? Buat anda yang masih solo, mungkin anda boleh berkunjung ke sini. Sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda akan pulang dengan senyuman lebar kerana dapat berkenalan dengan teman baharu.

Ini pula restoran yang sangat sesuai buat penggemar siri anime Naruto. Untuk tahu dimanakah lokasinya, Klik pautan di bawah.

‘Ramen Ichiraku’ Restoran Diinspirasikan Daripada Siri Anime Naruto Dibuka

Cawangan Pertama Santan Oleh AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi

Sumber