Restoran sushi terkemuka Jepun yang menjadi kegemaran selebriti serta pemimpin dunia telah digugurkan taraf tiga bintang Michelin yang diterimanya sejak 2007.

Sukiyabashi Jiro menerima pengiktirafan 3 bintang Michelin setiap tahun tanpa gagal kerana kualiti sushi yang dihasilkannya membuatkan ramai yang sanggup ‘menunggu’ untuk makan sushi di sini.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Namun, buat pertama kali sejak lebih 20 tahun, restoran ini tidak lagi berada dalam senarai Michelin kerana mereka tidak lagi menerima tempahan daripada orang awam. Pada ketika ini, hanya pelanggan tetap, mempunyai ‘hubungan khas’ atau membuat tempahan melalui hotel ternama di Jepun sahaja dapat makan di restoran Sukiyabashi Jiro.

Salah satu sebab restoran berkenaan terpaksa membuat demikian adalah kerana usia pemilihnya, Jiro Ono yang sudah mencecah 94 tahun tidak lagi mampu menerima pelanggan yang ramai dalam sehari. Restoran berkenaan cuma boleh menerima 10 pelanggan dalam sesuatu masa dan harga untuk satu set hidangan bermula pada harga 40,000 yen (~RM1,524).

Restoran berkenaan menjadi tumpuan dunia pada tahun 2014 apabila Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membawa Barack Obama untuk makan di restoran berkenaan bagi merasai ‘sushi terbaik di dunia’.

Michelin menarik status bintang Sukiyabashi Jiro adalah kerana setiap restoran yang berada dalam senarai mereka perlu boleh dinikmati oleh semua dan bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Tetapi pengguguran status tersebut tidak pun akan memberi kesan kepada Sukiyabashi Jiro kerana pelanggan akan tetap ke restoran berkenaan terutamanya pelanggan setia Jiro.

Walaupun Sukiyabashi Jiro dikatakan antara restoran terbaik di Jepun, Sukiyabashi Jiro hanya berada di tangga ke-66 untuk restoran sushi terbaik di Jepun berdasarkan laman Tabelog.

Sushi King dikhabarkan akan melebarkan cawangan mereka sehingga ke lebuh raya PLUS tidak lama lagi. Anda boleh baca pada artikel di bawah.

Sushi King Dan Family Mart Bakal Diperkenalkan Di R&R Plus

Seni Penyediaan Sushi Daripada Mata Seorang ‘Sushi Master’

Kit Kat Edisi Khas ‘Sushi’ Ini Hanya Boleh Didapati Di Jepun

Anda Mungkin Suka