Syarikat konten digital REV Asia telah memperoleh tiga laman web bahasa Melayu dari Dua Marhalah Sdn Bhd pada harga RM2.65 juta. Tiga laman web yang dibeli ini ialah Siraplimau, KongsiResepi, MyResepi dan domainnya siraplimau.com, kongsiresepi.com serta myresepi.com.

Dalam satu kenyataan, REV Asia memaklumkan memiliki sebanyak 70 peratus kepentingan dalam Rev Lifestyle. Menurutnya, pengambilalihan ketiga laman web tersebut bertujuan untuk memperkuatkan lagi kedudukannya dalam komuniti dan talian bahasa melayu di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bukan kali pertama REV Asia membeli aset maya, pada tahun 2014 REV Asia pernah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan Melayu OHBULAN dan domainnya iaitu ohbulan.com.