Penerbit digital terkemuka, REV Media Group Sdn Bhd (“REV Media”), mengumumkan bahawa mereka telah mengambilalih aset harta intelek (“IP”) portal berita sosial popular Cina, Tantannews, dari Monster Scape Sdn Bhd, untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi capaiannya dalam kalangan komuniti berbahasa Cina dalam talian.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

REV Media – anak syarikat Media Prima Berhad, kumpulan media terkemuka dan terbesar di Malaysia – telah mengambil alih domain laman web, Tantannews.com, dan segala aset media sosial yang berkaitan. Kewujudan digital Tantannews yang kukuh akan menyumbang kepada perniagaan digital REV Media dan strategi penyelesaian media untuk para pengiklan. Pada kemuncaknya, Tantannews mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan.

Dilancarkan pada 2013, Tantannews ialah portal berita sosial dan kandungan Cina yang memfokuskan kepada berita terkini dan kisah hiburan, pelancongan, fesyen dan gaya hidup. Penambahan Tantannews akan mencepatkan pertumbuhan Rangkaian Cina REV Media yang merangkumi jenama popular di pelbagai platform termasuk Viralcham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Media Prima menjangkau lebih 98% penduduk Malaysia, dan audiens dari semua peringkat umur dan segmen pasaran melalui pelbagai platform media dan jenamanya. Usaha memperkukuh capaian penonton Cina Kumpulan melalui pengambilalihan Tantannews oleh REV Media melengkapkan strategi Media Prima untuk kekal sebagai kumpulan media terkemuka Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, berkata: “Ini merupakan pengambilalihan yang strategik dan mengujakan untuk REV Media Group kerana terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina daripada audiens kami, terutamanya daripada mereka yang cenderung membaca kandungan berita. Pengambilalihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambilalihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group.”

Pengasas Tantannews, Sean Teoh, berkata: “Kami gembira melihat Tantannews terus berkembang di bawah kepimpinan Sam dan pasukan REV Media, dan sebagai sebahagian daripada kumpulan media terbesar di Malaysia. Kami memulakan Tantannews 10 tahun lalu dari laman Facebook untuk membolehkan pengguna membincangkan berita di media sosial. Pada kemuncaknya, laman web ini mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan. Melangkah ke hadapan, saya dan pasukan saya di Monster Scape telah memutuskan untuk menumpukan lebih pada teknologi dengan melaburkan sumber dalam pembangunan sistem pengurusan kandungan kami sendiri yang boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis kandungan, serta pasaran kandungan di mana lebih daripada 6,000 wartawan mudah alih sambilan mencipta kandungan secara sambilan. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sekumpulan pencipta kandungan di seluruh rantau dalam format video, visual dan teks yang menyumbang maklumat berita dan komuniti.”

Beliau menambah bahawa pengambilalihan itu akan membolehkan pasukannya memberi tumpuan kepada MOpress dan platform teknologi. Bahagian pemasaran akan dinamakan semula sebagai Data & Co untuk menumpukan pada pemasaran data, platform pemasaran omni-data dan alatan untuk membantu jenama dan pemasar menjadikan pengguna mereka kepada aset digital pilihan. Dengan mengumpul data pengguna pertama, jenama boleh memanfaatkan maklumat masa nyata dalam ekosistem untuk mencapai khalayak di seluruh dunia. Ini bermakna perniagaan, pelanggan dan rakan kongsi boleh membina hubungan berasaskan komuniti yang sebenar. Model agensi ini menawarkan perkhidmatan komprehensif untuk perniagaan peringkat awal, perniagaan peringkat pertumbuhan dan pengembangan, yang perlu melaksanakan strategi digital mereka.

Data & Co kini berkhidmat kepada lebih dari seratus syarikat dan sedang mengembangkan perkhidmatan mereka untuk menjadi lebih data-driven. Perniagaan ini menyaksikan pertumbuhan dalam perniagaan Malaysia yang menjual produk dan perkhidmatan mereka di luar negara. Layari www.dataco.my untuk mengetahui lebih lanjut.