Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat industri e-sukan semakin berkembang dalam dan luar negara serta mendapat tempat di kalangan anak muda. Kehadiran bakat-bakat besar daripada universiti tanah air sekaligus membenarkannya.

Terbaharu, REV Media Group telah menandatangani satu memorandum persefahaman bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengukuhkan lagi industri e-sukan di kalangan pelajar serta institusi pengajian tinggi.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

117416734_3019762421469195_377615361301455325_o

Perjanjian persefahaman ini telah termeterai pada 14 Ogos 2020 dan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group iaitu Rafiq Razali dan Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Difahamkan perjanjian ini dibuat selepas kedua-dua pihak setuju dan berpendapat potensi besar industri e-sukan di Malaysia sekaligus dapat membuka peluang kepada para pelajar yang berbakat di tanah air ini. Sambutan yang luar biasa pada Kejohanan E-sukan Kampus juga turut menunjukkan minat yang tinggi di kalangan pelajar.

117445147_3019762771469160_3872333532440057959_o

Menerusi perjanjian yang dibuat, kedua-dua pihak ini sedia untuk membangunkan ‘esports hub labs’ di CMT Hub UiTM selain daripada penganjuran Kejohanan E-sukan Kampus (KEK). Buka nitu sahaja, program e-sukan atau mempromosikan industri e-sukan, gaming dan media di UiTM antara yang bakal dijalankan.

Ketahui juga isu yang berlaku antara Epic Games selaku pembangun Fortnite dengan Apple.

Disekat Kerana Langgar Peraturan, Fortnite Hadir Dengan Video ‘Perli’ Iklan Apple

Anak Muda Bakal Diraikan Menerusi Sambutan Hari Belia Negara 2020 Esok

Anda Mungkin Suka