REV Media Group kini memperkenalkan ‘REV ID’, ciri log masuk tunggal yang menggabungkan semua data di website REV kini dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk mencipta penonton tunggal yang unik.

Baca Juga:

Ini akan memberi pengiklan kelebihan untuk mendapatkan insights yang lebih baik untuk kempen pemasaran mereka dimana menghubungkan pelbagai data seperti minat kandungan dan data lokasi luar rumah.

Bukan itu sahaja, penyepaduan saluran omni selanjutnya membolehkan pengiklan merancang kempen dengan lancar dan mengaktifkan penonton di kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (“DOOH”) dengan cara yang lebih berkesan.

Setiap bulan, lebih 13.3 juta rakyat Malaysia unik melayari aset digital REV, jadi ia teknologi terbaik dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.