Penantian peminat DC Comics untuk filem Batman v Superman: Dawn Of Justice berakhir apabila ia mula ditayangkan di seluruh dunia mulai hari ini. Tetapi saya dah tonton filem ini semalam dan ini adalah review untuk filem ini. Jadi sebelum itu, anda #TeamBatman atau #TeamSuperman? Pick your side now.

Filem ini adalah sekuel untuk filem awal Superman karya awal Zack Snyder iaitu ‘Man Of Steel’. Superman versi Snyder berbeza dengan filem Superman yang lain apabila lelaki dari Krypton itu tidak dekat di hati penduduk bumi. Superman tetap dianggap sebagai ‘alien’ oleh mereka kerana kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh Superman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebencian Bruce Wayne(Batman) terhadap Superman tercetus dari insiden Superman berperang dengan penjahat dari Krpton, General Zod. Pergaduhan antara Superman dan general Zod menyebabkan kemusnahan besar kepada bandar Metropolis dan menyebabkan ramai yang terkorban.

Sejak daripada itu, dendam Bruce terhadap Superman tidak pernah pudar. Dua tahun selepas pegaduhan itu, Bruce mula mengatur langkah untuk menjatuhkan Superman dari terus menjadi wira rakyat dan usahanya untuk mengurangkan jumlah kematian disebabkan Superman. Bruce beranggapan jika Superman tidak muncul di muka bumi, alien tidak akan datang dan semuanya akan aman.

bs 3

Di sini juga musuh utama Superman, Lex Luthor mula memainkan peranan beliau. Lex juga mahu membunuh Superman dan beliau melakukan kajian terhadap Kryptonite dan menggunakan badan General Zod untuk ujikaji. Pertemuan kali pertama antara Batman dan Superman adalah di dalam satu majlis kendalian Lex. Ketika inilah juga kali pertama Batman bertemu dengan Diana Prince (Wonder Woman). Baiklah itu sinopsis awal untuk filem ini.

AMARAN : Jika anda anda tidak mahu spoiler untuk filem ini, jangan teruskan bacaan atau terus skip ke perenggan terakhir.

Jadi persoalan utama, perlukah anda menonton filem ini? Bagi saya, ianya lebih untuk peminat tegar siri komik ini sahaja. Zack Snyder sudah menetapkan konsep filem ini supaya ianya heavy, dark dan serius. Filem ini bukannya filem yang ringan seperti Deadpool. Saya boleh kira dengan jari berapa kali lawak yang keluar dalam filem ini. Itu pun lawak yang sangat kecil. Elakkan ambil tayangan filem ini lebih dari pukul 12 malam. Jalan cerita filem ini yang agak mendatar pada awalnya mungkin boleh buat anda terlena.

bsx

Tahniah buat Ben Affleck kerana berjaya melakonkan watak Batman dengan jayanya. Pada mulanya saya agak skeptikal dengan keupayaan Ben untuk mengambil tanggungjawab sebagai Batman dari Christian Bale tetapi ianya kena dengan watak Batman dalam filem ini. Batman dalam filem ini dipaparkan sebagai lelaki yang sudah berumur 40an di mana beliau sudah agak berumur.

Watak Lex Luthor juga menarik kerana beliau bukan Lex di dalam komik yang serius. Lex sangat ‘cheeky’ dan nakal dalam filem ini dan Lex dalam filem ini juga berambut panjang. Wonder Woman pula? Wonder Woman sangat cun. Saya suka.

giphy

Seperti yang saya jangkakan sebelum ini, Snyder ada membuat teaser untuk filem The Justice League yang akan datang. Wohoo! Saya tidak akan beritahu bagaimana dan untuk anda tonton sendiri di pawagam.

Jadi pergaduhan antara Batman dan Superman ini, siapa yang menang? Jawapannya; Lex Luthor yang menang. Beliau berjaya melagakan dua hero ini dan menghidupkan semula General Zod menjadi Doomsday! Jadi jika ada Doomsday, apa yang akan terjadi kepada Superman? Ya, anda pandai. Superman is dead! Kan saya dah bagi amaran awal tadi jangan baca kalau tak mahu tentang spoiler cerita ini.

"Holiau! Wa berjaya bunuh Superman!"
“Holiau! Wa berjaya bunuh Superman!”

Filem Justice League nanti akan bermula dengan Batman dan Wonder Women merekrut superhero yang lain menyertai The Justice League. Adakah benar Zach Snyder membunuh begitu sahaja watak Superman dalam filem ini? Itu kita kena tunggu dan lihat.

bs fanart

Dan bagi peminat siri TV The Flash, malangnya Grant Gustin tidak akan melakonkan watak The Flash untuk versi filem. Ezra Miller dipilih Snyder untuk watak ini. Ada banyak faktor mengapa Gustin tidak terpilih. Antaranya adalah faktor jadual. Disebabkan siri The Flash masih berlangsung, Snyder tidak mahu isu pertembungan masa kerja menjadi isu kepadanya. Dan satu lagi sebab adalah The Flash versi siri TV lebih ringan berbanding dengan The Flash versi Snyder di mana beliau mahu The Flash lebih deep dan heavy dalam filemnya. Alamak, terkasi satu lagi spoiler pulak untuk filem ini.

Filem Batman v Superman ini mendapat reaksi pelbagai dari pengkritik filem sedunia. Ada yang suka, ada yang tidak. The Independent review ‘tiada filem blokbuster yang digarap sebegitu lemah dengan jalan ceritanya yang tidak menarik’.

Tetapi bagi saya, saya suka filem ini kerana filem ini yang akan menjadi titik permulaan bagi filem-filem DC Comics yang akan datang. Mungkin boleh tambah sedikit unsur humor dalam filem ini.

Batman-Superman-Robin_o_115217

Jadi terpulang kepada anda untuk tonton filem ini di pawagam atau tunggu sahaja ianya muncul di Astro atau torrent. Saya kasi 7/10 biji Vocket untuk filem ini kerana jalan ceritanya agak mendatar dan draggy. Mungkin Snyder akan pukul habis dalam filem The Justice League yang akan keluar tahun depan.

P/S: Selepas tonton filem ini, baru perasan nama mak Batman dan Superman sama.