Kenapa buku Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi ini perlu masuk dalam senarai bacaan wajib anda bagi tahun 2017? Berikut sebab-sebabnya kenapa:

1. Jika anda nak tau, falsafah secara asasnya ialah berfikir secara rasional. Tetapi adakah cukup setakat anda berfikir sahaja?

Maka, tokoh-tokoh falsafah menyimpulkan bahawa berfikir secara falsafah adalah satu bentuk kebolehan berfikir aras tinggi iaitu berfikir secara kritikal dan berfikir secara fundamental.

Murtadha Munthahari dalam tulisannya ‘What Is Philosophy’ menyimpulkan bahawa orang yang berfalsafah adalah orang yang cintakan kebijaksanaan dan kebenaran. Dan, kalimah falsafah itu sendiri membawa kepada penyempurnaan jiwa.

2. Falsafah sebenarnya adalah ilmu yang sangat penting kerana ia adalah ibu kepada ilmu secara keseluruhannya (mater scientiarum).

Kira falsafah ni macam Sir Alex Ferguson di Manchester United la. Bila SAF bersara je kita tengok betapa hambarnya MU kan? Macam tulah jugak dengan ilmu falsafah ni kerana daripada falsafahlah lahirnya cabang ilmu seperti matematik dan sains perubatan.

3. Tahukah anda tokoh pertama yang menggunapakai istilah falsafah (philo sophos) ini ialah Pythagoras yang menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau ‘the lover of wisdow’ (pencinta kebijaksanaan).

4. Berbalik kepada buku Kisah 25 Filsuf Barat ni, Matluthfi dalam buku ini menghurai secara ringkas dan padat 25 orang ahli falsafah Barat daripada Socrates hinggalah ke Foucault dengan bahasa yang mudah dan menarik.

Kita tahu Matluthfi memang mempunyai ‘sense of homour’ yang mampu membuatkan kita ketawa dan dalam pada yang sama membuat kita berfikir tentang tema yang dia cuba ketengahkan.

Ini yang membezakan lawak-lawak samada video atau buku-buku Matluthfi dengan lawak-lawak Maharaja Lawak yang klise dan terlalu ‘try-hard’ untuk memaksa kita ketawa.

5. Sebelum ini, kita pernah membaca buku Filsuf Untuk Noob yang diterbitkan oleh Thukul Cetak yang juga membawa pendekatan yang sama iaitu menghurai tokoh-tokoh falsafah secara santai.

Tetapi yang membezakan buku Matluthfi dengan buku Filsuf Untuk Noob ini ialah Matluthfi hanya menghuraikan filsuf dari Barat sahaja dan buku Filsuf Untuk Noob pula ada menyelitkan tokoh filsuf Islam iaitu Ibnu Sina dan Al-Ghazali (walaupun Al-Ghazali sendiri ialah ahli falsafah yang terkenal menentang ‘ahli falsafah’).

6. Sebenarnya selain Al-Ghazali yang masyhur dengan kitab Tahafut al-Falasifah yang membahas secara kritikal 20 masalah falsafah yang penting, dunia Islam mempunyai tokoh seperti Ibnu Taimiyyah yang popular dengan al-Radd a’la Mantiqiyyin ataupun Ibnu Khaldun yang terkenal dengan kitab Al-Muqaddimah.

Kitab Al-Muqaddimah adalah sebahagian daripada kitab Al-Ibar. Dan yang powernya, Ibnu Khaldun telah mempelopori aliran falsafah universal yang menjadi ikutan tokoh-tokoh seperti Hegel, Oswald Spengler dan Arnold Toynbee.

Mark Zuckerberg pernah menyenaraikan Al-Muqaddimah sebagai buku yang masuk dalam list bacaan dia. Ok, saya sebenarnya teruja kerana selepas ini, Matluthfi akan menghurai pulak tokoh-tokoh falsafah Islam (yang ini dia memang dah bagitau di prakata).

7. Berkenaan dengan buku tentang falsafah Islam, anda mungkin pernah membaca buku Hamka yang bertajuk Falsafah Hidup.

Pada saya, buku ini seharusnya dibaca oleh setiap insan. Dalam buku itu Hamka memberikan makna yang tersendiri dalam memahami agama dan mempermudahkan pemahaman falsafah untuk pengetahuan orang awam.

Hangpa pergilah cari buku Hamka yang ini dan hadam. Buku ini adalah buku berkaitan falsafah paling banyak dicetak di Nusantara semenjak tahun 1964.

8. Orang kita terutamanya anak-anak muda sebenarnya mempunyai pemikiran bahawa subjek falsafah adalah boring dan boleh buat kita tidur.

Jadi, Matluthfi mengubah persepsi itu dengan memberikan sedikit elemen hips dan santai dalam buku ini sehingga saya boleh jamin yang anda tidak akan boring bila baca buku ini walaupun temanya agak berat berbanding buku-bukunya sebelum ini.

9. Satu perkara yang saya angkat topi kepada Matluthfi ialah beliau berjaya me’Malaysia’kan tema falsafah ini dengan contoh-contoh dan situasi yang berlaku dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Sinikal, lawak sinis dan ‘sound-direct’ memang makanan Matluthfi. Jadi, elemen-elemen ini sebenarnya menjadikan buku ini sedap untuk dibaca oleh semua lapisan rakyat Malaysia terutamanya anak muda.

10. Pemahaman falsafah, buku dan intelektual adalah perkara yang saling berkait antara satu sama lain.

Masa saya belajar kat universiti dulu, time lepak-lepak dengan member, biasanya saya akan ambil quote Nietzsche kerana kita akan nampak power dan cool bila sebut nama Nietzsche.

Lepas tu, bila dah lepas zaman Nietzsche, saya suka Hegel, Foucault, Camus, Sartre dan Kant kerana tokoh-tokoh banyak direncanakan pemikiran mereka dalam artikel dan jurnal yang saya baca.

Jadi, bila ada buku Matluthfi ni takde la remaja-remaja kita asyik nak sembang Aiman Tino atau Lee Kwang Soo saja. Tapi dalam pada yang sama dorang akan kenal tokoh-tokoh falsafah dan pemikir yang wujud kat dunia ini.

11. Sebenarnya kita memerlukan lebih banyak buku-buku bertema berat tetapi disampaikan dengan gaya santai macam buku ni.

Anak-anak muda bukannya nak baca sangat buku-buku ilmiah atau jurnal-jurnal berat. Dorang lebih kepada elemen-elemen yang buat mereka seronok dan dekat dengan jiwa mereka.

Saya nampak Thukul Cetak antara yang awal mengorak langkah meng’pop’kan tema-tema berat menerusi buku-buku mereka dan pendekatan ini sewajarnya dipuji.

12. Cuba kita fikir sejenak kenapa tokoh-tokoh pemikir seperti Syed Hussien Al-Attas ataupun Hamka suka mengaitkan tulisan mereka dengan filsuf-filsuf seperti Aristotle, Sokrates dan Plato?

Begitu juga dengan Victor Hugo, Derrida, Mohammed Arkoun dan lain-lain. Ini adalah kerana ilmu falsafah dan dunia keintelektualan memang tidak dapat dipisahkan.

Jadi, bila anda boleh tulis buku tentang falsafah ni dah tentulah anda bukan penulis yang calang-calang dan buku Matluthfi ni memberikan jawapan kepada soalan saya di atas.

13. Buku Matluthfi ini juga memperbetulkan persepsi bahawa ilmu falsafah tidak akan menyesatkan manusia.

Apa yang lebih parah kat Malaysia ni ialah bila kita baca buku Faisal Tehrani, kita terus dicop syiah. Bila kita baca buku Ibnu Taimiyah, kita akan dicop sebagai wahabi.

Bila kita baca Das Kapital kita akan dicop dia sebagai komunis, bila kita baca buku Asghar Ali Engineer kita akan dicop sebagai liberal dan progresif.

Bila kita baca Mein Kampf orang akan cop kita sebagai nazi, bila kita baca buku Chomsky kita terus dicop sebagai radikal ataupun bila kita pakai baju Standard Charted orang terus cop kita penyokong Liverpool.

Nampak tak, pemikiran dogmatik dan ‘holier than thou’ sedang kuat bersarang dalam masyarakat sedangkan orang yang kuat menghukum tu entah pernah baca entah tidak, buku-buku tersebut.

Jadi, sebagai pembuka tahun 2017, apa kata hangpa pi cari dan hadam buku baru Matluthfi ini. Dijamin berbaloi!