Nota Editor: Review jujur ini telah disediakan oleh Cik Nadia Rahmat yang telah travel ke Chiang Mai baru-baru ini. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis.  Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda yang ingin travel ke sana.

So, perkongsian kali ini adalah tempat 6 hari 5 malam (RM110) saya stay di Chiang Mai Gate Capsule Hostel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka provide bilik mixed dorm (10 or 12 pax) dan female dorm (4, 8 or 12 pax) sahaja.

Saya ni, bab tempat tidur tak kisah sangat kalau untuk diri sendiri. Sleeping bag pun takde masalah. Sebab tu saya sangat seronok ketika bermabit di Muzdalifah, tido beralaskan tikar, berbumbungkan langit, berselimutkan telekong sahaja.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-1

CMCGH adalah di dalam deretan rumah kedai 3 tingkat. Tidak terletak di kawasan tourist centre sangat. Malam, jalan ni sunyi. Tapi 5 minit berjalan kaki untuk ke Night Market. 5km dari Chiang Mai International Airport.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-2

Red Taxi, Tuk Tuk memang 24 hours lalu lalang depan ni, tinggal tahan je. Weekend, jalan ni meriah. Sebab ada Saturday and Sunday Night Market sepanjang-panjang jalan ni sampai ke Night Market.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-3

WiFi disediakan. Rate reviews dari booking.com pada tahun 2014 9.1/10 Nice kan?

Baca: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

chiangmai-gate-backpacker-hostel-4

Ruangan lobby, dari meja makan.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-5

Antara fevret saya, tour promo yang dilukis pada dinding.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-6

8-female dorm, 24hours air-condition.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-7

Setiap katil mempunyai langsir (macam dalam train) dan lampu personal untuk privacy.

2-point plug (sila bawa extension plug kalau anda macam saya perlu charge gajet), ampaian, cermin, small locker untuk simpanan barang-barang apa patut, selimut, bantal dan bantal peluk yang super empuk macam bantal Ikea!

Kekurangan di sini, tiada disediakan locker untuk beg, jadi mana yang penting tu masuklah dalam locker kecik tu.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-8

Ini tangga untuk saya yang dapat katil atas. Built in double deck bed, so takdelah bising sangat turun naik tangga.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-9

Ini katil saya, which malang sket untuk saya dan katil sebelah sana, sebab tempat kami ada beam kat kepala. So tak perlulah tanya berapa kali saya terhantuk

chiangmai-gate-backpacker-hostel-10

Ini katil kawan saya, menghadap.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-11

Tempat saya (tapi saya sorang je tak ada cermin. Mungkin diorang tau saya bukan jenis make-up KAHKAH)

chiangmai-gate-backpacker-hostel-12

Pintu masuk ke dorm.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-13

Ruangan PC-Internet. Free 24 hours. Berhadapan dengan toilet/shower room (shared). Toilet tip top, dun worry. Hot shower, clean sume ok!

chiangmai-gate-backpacker-hostel-14

Dobi disediakan dengan caj sebanyak THB40/kg.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-15

Pantry.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-16

Breakfast for free kalau kita book tours melalui mereka.

chiangmai-gate-backpacker-hostel-17

Inilah owner CMGCH, Marissa. Sangat baik dan sangat helpful walau kadangkala English beliau kurang difahami. Kadang, kalau kita orang lepak-lepak kat loi borak-borak dengan dia, dia potongkan mangga ke persimmon ke yang super sedap and manis!

Hari terakhir ini juga kami tolong dia guna powerpoint untuk buat iklan tourist attraction bagi hostel dia.

Saya seorang yang mudah tertarik dengan gambar / iklan. Tapi, Chiang Mai Gate Capsule Hostel (CMGCH) tidak menghampakan, walaupun review ada yang negatif.

Jadi, saya sangat husnuzhon dengan review-review negatif. Sebenarnya, diri kita yang tidak patut meletakkan harapan yang tinggi, dan kita sendiri harus menyesuaikan diri di tempat orang. Gitteww.

Baca lagi pengalaman menarik Nadia menaiki keretapi dari Malaysia ke Chiangmai: Gadis Ini Berkongsi Itinerari Lengkap Travel Dengan Keretapi Dari Malaysia Ke Chiang Mai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram