2017 bermula dengan agak hectic buat saya dan menerusi perkongsian 25 filem terbaik Hollywood yang perlu anda tonton sepanjang tahun 2017 saya sebelum ini, bulan Januari sahaja dah ada 3 filem sedap. Cuma semalam baru saya sempat untuk tonton antara filem yang sangat saya nantikan tahun ini, Split.

Dalam 3 filem yang keluar bulan Januari ini (Split, Resident Evil dan xXx: Return of Xander Cage) saya pilih untuk tonton Split. Kenapa Split? Sebab yang pertama ialah ianya karya M. Night Shyamalan, kedua ianya berkaitan penyakit dissociative identity disorder(DID) dan ketiga kerana James McAvoy. Apa yang lebih baik daripada gandingan 3 perkara ini betul?

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Baiklah kita mulakan dengan sinopsis cerita ini sedikit. 3 orang gadis diculik oleh Dennis(McAvoy) yang kemudiannya mengurung mereka di sebuah bilik. Dennis cuma memberitahu yang mereka bertiga akan menjadi ‘korban’ untuk The Beast. Sepanjang cerita ini berkisahkan cerita bagaimana 3 gadis ini cuba untuk keluar dari tempat kurungan mereka dan bagaimana McAvoy memainkan watak DID beliau dengan sangat berjaya.

Jadi saya akan tulis penafsiran saya tentang filem ini dalam bentuk point. Saya akan beritahu di point mana yang ada spoiler. Jadi kalau anda mahu spoiler free review, langkau sahaja point yang saya highlight.

1. Plot penceritaan yang lancar dan penuh ‘suspense’

Terus terang cerita ini sangat lancar dan straight forward. Cerita ini tidak drag lama pun semasa permulaannya dan terus ‘boom’ ke tempat 3 gadis ini dikurung. Tak payah nak mukadimah semua. Mungkin ada beberapa plot holes dalam filem ini, tetapi boleh dimaafkan. Mana ada filem Hollywood yang perfect kan?

Walaupun ini bukan cerita hantu, tetapi suspense nya hanya Tuhan yang tahu. Anda akan rasa tention untuk tahu apa yang si Dennis ini akan lakukan dan bagaimana rupa The Beast itu nanti. Macam anda tengok filem seram tapi seram ini bukan dari momokan hantu. Seram ini dari individu yang psiko. Ada juga di pertengahan cerita ini yang saya tutup mata guna topi yang saya pakai. Haha.

2. Kehebatan lakonan James McAvoy

Walaupun McAvoy sudah berlakon banyak filem sebelum ini, tetapi pertama kali saya melihat lakonan beliau adalah dalam filem Wanted, lakonan beliau bersama Angelina Jolie. Dari filem itu saya tahu beliau ini bukan biasa-biasa. Kemudiannya pasti ramai yang tahu beliau adalah Prof. Charles Xavier dalam X-Men. Dalam filem Split, McAvoy maintain botak untuk watak Kevin dalam Split.

Lakonan mantap James McAvoy dalam filem ini kalau tak dicalon dalam Oscar, saya tak tahu nak kata apa. Dengan selamba beliau boleh tukar dari watak seorang Obsessive-Compulsive Disorder(OCD), kepada watak seorang lelaki lembut, watak budak kecil berusia 9 tahun dan wanita berusia 50an! Walaupun tidak semua 23 watak muncul, setiap watak yang muncul dilakonkan oleh McAvoy dengan sangat berjaya.

Lakonan beliau ini mengingatkan saya kepada Heath Ledger, seorang pelakon yang sentiasa akan mengkaji setiap watak yang beliau lakonkan dengan sangat teliti supaya watak itu akan timbul dan stand out dalam filem. Sungguh berdedikasi mereka bila memegang sesebuah watak.

3. Filem berkenaan sakit mental biasanya susah untuk berjaya

Melalui pembacaan saya, filem berkenaan masalah mental ini adalah salah satu genre yang susah dan ia akan jadi punca filem anda gagal atau berjaya. M Night Shyamalan berjaya memaparkan penyakit multiple personality disorder ini dengan jayanya.

Multiple personality disorder adalah penyakit di mana terdapat lebih dari satu personaliti dengan kelakuan dan perwatakan berbeza-beza wujud dalam satu individu. Ini bukan kes talam dua muka. Ini terus anda menjadi orang lain. Dalam satu ketika anda menjadi Dollah yang introvert dan satu ketika anda menjadi Azman yang periang. Begitulah contohnya.

McAvoy melakonkan watak seorang lelaki dengan 23 watak di dalam badannya. Pemilik badan beliau yang sebenar adalah Kevin Wendell Crumb dan watak-watak multiple beliau yang lain muncul ketika beliau membesar. Watak beliau sebagai Barry mempunyai kuasa memilih siapa yang boleh muncul sebagai Kevin dan mereka perlu bergilir-gilir sebelum Dennis, Hedwig dan Patricia membuat pakatan untuk take over diri Kevin untuk membangkitkan personaliti yang ke-24, dikenali sebagai The Beast.

Filem ini mengingatkan saya tentang sebuah lagi filem awesome berkenaan mental illness ini iaitu filem A Beautiful Mind, cerita tahun 2001 lakonan Russell Crowe. Kalau anda cuma kenal Russell Crowe menerusi filem Gladiator, anda kena cari filem A Beautiful Mind ini. Memang mind-blowing sama seperti filem ini.

4. Split Karya ‘Comeback’ Yang Mengembalikan Kredibiliti M. Night Shyamalan

M. Night Shyamalan ini seorang writer/direktor yang hebat sebenarnya. Tetapi beliau turut mempunyai fasa up and down dalam kerjaya beliau sebagai pengarah. Filem awal beliau seperti Sixth Sense, Unbreakable dan Signs menjadikan beliau bualan di kalangan penggiat seni di Amerika Syarikat dan ada yang berkata Shyamalan adalah the next Spielberg.

Tetapi ianya tidak kekal lama apabila banyak filem besar beliau yang dianggap gagal antaranya The Village dan Lady In The Water. Kegagalan utama beliau adalah pada siri adaptasi kartun popular Avatar: The Last Airbender. Gagal di sini bukan kerana tidak mendapat pulangan dari pelaburan yang dibuat, tetapi peminat sudah mula hilang minat dengan karya M.Night Shyamalan. Sebabnya? Jalan cerita yang biasa dan plot twist tidak masuk akal Shyamalan pada sesetengah filem arahannya. Beliau dikritik lagi dengan filem bajet besar lakonan Will Smith dan anaknya Jayden Smith, After Earth di mana filem ini cuma mendapat 11% markah sahaja di laman Rotten Tomatoes.

Comeback M.Night Shyamalan sebenarnya pada filem seram tahun lepas, The Visit yang ditayangkan pada tahun 2015. Beliau bermain dengan bajet USD5 juta sahaja tetapi filem berkenaan mengutip kutipan USD98.5 juta! Jadi itulah formula yang sama digunakan Shyamalan dalam filem Split ini. Filem dengan bajet rendah tetapi mampu menarik penonton filem berkenaan di pawagam.

5. Budget cuma USD 9 juta, kutipan terkini hampir USD100 juta

Ini baru kutipan sepanjang dua minggu ini ditayangkan. Di minggu pembukaan, filem ini membuat kutipan USD40.2 juta. Sangat hebat untuk filem dengan bajet hanya USD 9 juta. Ramai yang terkejut sebenarnya dengan keupayaan cerita ini menarik penonton di pawagam. Tapi kalau cerita bagus, walaupun ianya filem bajet kecil, ianya tetap akan berjaya.

Apa yang saya dapat rumuskan adalah Split memang antara karya terbaik M. Night Shyamalan. Beliau sudah ‘kembali ke jalan yang benar’ dengan karya Split ini. Terima kasih M. Night Shyamalan. Kredit harus diberi kepada pelakon perempuan dalam filem ini, Anya Taylor-Joy (Casey Cooke) yang menjadi penyeri dan sparring partner untuk watak McAvoy dalam filem ini. Kalau tak ada watak Casey, filem ini mungkin plain sahaja dan jadi seperti filem-filem seram yang lain.

Split adalah filem yang solid dari Shyamalan dan harap-harap karya beliau yang akan datang mengikut formula yang beliau gunakan dalam The Visit dan Split ini. Terima kasih pada Shyamalan yang tidak membuat plot twist pelik di akhir filem ini dan dengan itu, filem ini dapat tamat dengan smooth.

Di akhir filem Split ini, anda akan terbahagi kepada dua kumpulan; satu kumpulan yang sangat enjoy dan amazed dengan filem ini dan satu lagi kumpulan yang mengatakan filem ini boring dan tak best. Saya sangat suka dengan filem ini tetapi brother di sebelah saya semasa di panggung tak suka sebab dia tidur di pertengahan filem. Sudah lah masa tengah best dia boleh pula tertidur. Mungkin kena tarik dengan kawan dia untuk tengok filem ini kot.

Saya beri rating 8/10 untuk filem ini tetapi tunggu dulu. Disebabkan ada cameo aktor hebat yang saya sendiri tak jangka, saya beri filem in 9/10. Damn it Shyamalan. Sekarang nak kena cari pula filem Unbreakable untuk tengok Mr.Glass!

P/S: M.Night Shyamalan pun ada buat cameo dalam filem Split ini. Selamat mencari!

Anda Mungkin Suka