Kalau anda nak tahu, baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HUAWEI Y9s. Apa yang menariknya, HUAWEI Y9s ni adalah telefon pintar yang sesuai dan memenuhi kehendak pengguna termasuklah gamers! 

Nak tahu kenapa kami sangat sukan HUAWEI Y9s? Baru-baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan HUAWEI Y9s dan apa yang kami boleh katakan, anda memang kena masukkan HUAWEI Y9s ni dalam list anda!

Powerbank? Dah tak perlu bawa!

Kerjaya kami yang sibuk dan kena selalu berjumpa client di luar membuatkan kami sering bergantung dengan telefon pintar sepanjang masa. Nak balas e-mail, catit notes, snap gambar dan hubungi client, memang membuatkan bateri telefon cepat drained. Tapi, dengan HUAWEI Y9s ni, kami dah tak ada semua masalah ni.

Bayangkanlah, dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh, kalau terlupa nak bawak pengecas atau powerbank pun takde hal lah, sebab ia mampu untuk bertahan sepanjang hari tanpa dicas. Memang kagum betul!

Main game sampai puas dan selesa!
img-20191205-151404-01_1nwt-2
Sumber: Mashable SEA

Lepas penat bekerja, mestilah nak chill dan relax kat rumah sambil main game. Sebagai peminat permainan mudah alih Gacha dan MMO, kalau sehari tak main dua game ni memang tak sah. Jadi, memang jaranglah bateri phone nak penuh. So, kami pun try main game dengan HUAWEI Y9s ni, tengok macam mana performance bateri dia.

Terbaik! Itu sahaja yang mampu kami cakap bila dah habis main dua-dua game fav kami, bateri HUAWEI Y9s ni masih cukup. Siap berbaki dan boleh download game baru lepas tu, sambung main lagi. Kalau anda yang kaki game tu, memang HUAWEI Y9s ni untuk anda!

Skrin lebih besar untuk paparan yang jelas!

Huawei-y9s-fullview-display-pc

Sekarang ni ramai yang memilih untuk naik pengangkutan awak ke tempat kerja termasuklah kami. Sambil nak sampai ke destinasi tu, mesti kami akan strim Netflix atau YouTube untuk habiskan masa.

Jadi, dengan bateri berkapasiti besar ni juga, anda boleh strim video dan layan movie puas-puas tanpa perlu risau nak bawak beg berat-berat dengan powerbank. Memang memudahkan!

https://www.youtube.com/watch?v=amxhXD-QtAA&feature=emb_title

Bukan itu sahaja, Huawei Y9s juga turut dilengkapi dengan rekaan skrin sebesar 6.59 inci tanpa takuk, nisbah skrin yang cukup luas sehingga 91% bersama paparan FullView Display. Malah, ia juga dilengkapi dengan rekaan sisi badan melengkung 3D yang mampu untuk memberi keselesaan kepada genggaman tangan apabila dipegang.

Nak baca dan balas e-mail pun lebih mudah dengan paparan skrin yang lebih luas!

Storan lebih besar, boleh upgrade!

Huawei-y9s-6+128gb-pc

Yang lagi menarik, Huawei Y9s ini juga turut ditawarkan dengan kapasiti storan yang cukup besar iaitu 6GB RAM bersama storan 128GB. Kalau tak cukup jugak, anda jangan risau sebab ia boleh diperluaskan kepada 512GB! Bolehlah anda simpan fail-fail kerja, download lebih banyak game dan movie fav anda!

Kamera dengan rakaman yang cantik, sharp dan jelas!

HUAWEI Y9s ni juga dilengkapi dengan 3 lensa kamera utama gabungan 48MP untuk lensa utama, 8MP untuk sudut Ultra Lebar, dan 2MP untuk sudut kedalaman. Ketiga tiga lensa kamera utama ini dibantu oleh teknologi AI. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan lensa 16MP.

Huawei-y9s-48mp-ai-camera-pc

Bagi lensa sudut ultra lebar, ia mampu merakaman gambar seluas 120 darjah serta boleh memuatkan hampir keseluruhan pemandangan dan objek dalam hanya satu rakaman gambar sahaja.

Bagi kamera hadapan pula, ia mempunyai rekaan pop naik yang mana apabila korang tekan butang kamera hadapan, kamera swafotonya akan dinaikkan secara automatik. Lebih menarik, kamera pop naik ini dikatakan mampu untuk menampung berat sehingga 15kg. Wow, memang tahan lasak!

Jom dapatkan HUAWEI Y9s sekarang!

Tunggu apa lagi, buat anda yang tercari-cari telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian, harga yang berbaloi dan spesifikasi yang mantap, HUAWEI Y9s adalah jawapannya!

74667876_2972889382739225_2799297179150188544_o

Datang dengan dua pilihan warna, iaitu Midnight Black dan juga Breathing Crystal, HUAWEI Y9s boleh didapati dengan harga RM999 dan RM799 bagi HUAWEI Y9 Prime. Oh ya, kalau anda beli HUAWEI Y9s, anda berpeluang untuk dapatkan *Huawei Band 4 yang bernilai RM139 secara PERCUMA melalui penebusan daripada Pusat Ahli mereka.

Y9s-free-band-4-KV

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki siri HUAWEI Y9s dan rasai sendiri pengalaman menakjubkan. Kami dah try, anda bila lagi?

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian, layari laman web rasmi HUAWEI.

Ketahui mengapa kini merupakan masa terbaik unutk anda dapatkan peranti Huawei. Selain itu, para pelajar juga sudah berpeluang untuk memiliki Matebook 13 dan pelbagai peranti Huawei dengan skim bayaran ansuran.

Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti HUAWEI Dengan Skim Bayaran Ansuran!