Siapa saja tidak kenal dengan Sofi Jikan yang selalu membuatkan penonton ketawa dengan telatah dan perangainya sebelum ini di kaca TV mahupun di video-video yang tular di media sosial.

Sinonim dengan watak penjahat yang bermulut besar seperti watak Ajib yang dibawakannya dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusoff sebelum ini, karakter itu sepertinya terus dibawa dengan baik oleh Sofi sehingga kini walaupun berada di luar dan melakukan perkara lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan kini selepas berjaya membuatkan netizen ketawa besar dengan video ulasan makanannya bersama Laparpo tidak lama dahulu, Sofi sekali lagi kembali dengan video ulasan makanan yang juga tidak kurang hebatnya atau dalam kes ini tidak kurang lawaknya.

sofi

“Makin lama makin melampau Sofi Jikan ni, tapi bagus doa makan tak pernah lupa baca,” kongsi Laparpo di laman Facebook mereka semalam.

Masih mengekalkan watak ala gangster seperti yang dilakukan sebelum ini, telatah Sofi yang berkunjung ke salah sebuah restoran Arab mencuri perhatian netizen dengan telatahnya yang teringat akan masakan ibunya selepas menikmati hidangan yang disediakan disana.

Menitis air mata

Walaupun pada awalnya dilihat cuba mengugut pemilik kedai yang dilakonkan oleh Abu Mamu dengan meminta bayaran RM10,000 untuk membantu memasarkan makanan mereka segalanya berubah selepas dia mula menjamah makanan yang dihidangkan.

“Macam mak gua masak lah, menitik air mata.

“Daging ini kena dengan nasi dia lain macam,” ulas Sofi dengan hiba sambil diiringi lagu Bayangan Gurauan.

Anda boleh menonton telatah penuh oleh Sofi Jikan yang dikongsikan Laparpo semalam yang pastinya tidak akan membuatkan anda kering gusi di sini.

Baca juga ulasan makanan daripada Sofi Jikan sebelum ini yang tular dek kerana gayanya yang memesan makanan seperti ‘nak gaduh’ di pautan di bawah. 

Gaya Macam Mahu Bergaduh, Netizen Terhibur Cara Unik Sofi Jikan Buat ‘Review’ Makanan

Ramai Tidak Percaya Nabil Hebat Melawak Dalam Bahasa Inggeris Sehingga Mereka Menonton Ini