Mula diperkenalkan pada awal tahun ini, Nokia nampaknya tidak lagi mahu berada dibawah bayang-bayang telefon yang pernah menjadi lagenda keluarannya. Menerusi pengeluaran era terbaru ini, Nokia turut menawarkan telefon pintar kelas pertengahan melalui model Nokia 6.1.

Mula ditawarkan pada harga RM1,099, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan telefon pintar tanpa mahu berbelanja besar mendapatkan telefon pintar flagship. Kami sempat mencubanya dan ini merupakan ulasan kami setelah mencubanya.

Rekaan

thumb_IMG_6245_1024

Dari segi rekaan, seperti semua sedia maklum Nokia sememangnya mementingkan rekaan yang kukuh dan berkualiti tinggi. Menerusi model ini, Nokia masih lagi mengekalkan identiti yang sama dengan penggunaan material berkualiti tinggi.

Hadir dengan warna biru pada bahagian belakang, Nokia telah menggunakan material aluminium yang membuatkan anda berasa seperti memegang sebuah telefon pintar flagship yang premium. Kemasan yang ditawarkan Nokia juga boleh dikatakan amat baik dengan gabungan warna emas pada bahagian tepi.

thumb_IMG_0587_1024

Dalam pada itu, Nokia juga turut berjaya menawarkan model ini dengan saiz yang nipis dan masih lagi sedap digunakan.

Skrin

thumb_IMG_6346_1024

Nokia 6.1 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Kualiti paparan yang ditawarkan pada pendapat kami boleh dikatakan agak baik bagi telefon pintar kelas pertengahan.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum dapat menandingi beberapa jenama telefon pintar lain yang turut menawarkan tanda harga yang hampir sama.

Spesifikasi

 

thumb_IMG_6491_1024

Apa yang menarik mengenai model Nokia 6.1 ini adalah ianya dikuasakan oleh Android One. Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapatkan pengalaman seolah menggunakan telefon pintar keluaran Google.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan processor Snapdragon 630, RAM 4 GB dan ruang storan 64 GB. Kapasiti bateri yang disertakan bersaiz 3000 mAh.

Sepanjang penggunaan kami, meskipun model ini hadir dengan processor yang boleh kami katakan cukup baik dan RAM bersaiz 4 GB, kami masih lagi merasakan sedikit lagging pada beberapa ketika waktu. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah terlalu kerap.

Sekiranya anda hanya menggunakan telefon pintar sekadar untuk melayari media sosial dan bukan untuk bermain game secara serius, model ini sudah cukup baik untuk menawarkan apa yang perlukan dengan baik.

Kamera

thumb_IMG_4039_1024

Apabila membincangkan tentang Nokia, pasti ramai yang teringatkan kamera bersama lensa ikoniknya iaitu Carl Zeiss. Kami juga turut teruja untuk mencubanya pada model ini. Untuk pengetahuan anda, Nokia 6.1 hadir dengan kamera 16-megapixel pada bahagian belakang.

Berdasarkan percubaan kami, Nokia 6.1-inci berjaya menghasilkan gambar yang jelas beserta warna yang terang. Walaubagamanapun, kami mengalami sedikit masalah dengan auto-focus model ini yang pada kami agak perlahan berbanding beberapa model lain.

Dalam erti kata lain, anda mungkin akan mendapatkan imej yang kabur sekiranya mengambil gambar dalam keadaan yang pantas. Berikut merupakan sampel gambar yang daripada Nokia 6.1

IMG_20180809_141140

IMG_20180723_182040

IMG_20180719_131356

IMG_20180719_192852

IMG_20180719_082621

Harga

thumb_IMG_1955_1024

Harga yang ditawarkan buat Nokia 6.1 adalah RM1,099. Harga yang boleh dikatakan agak berpatutan bagi telefon pintar kelas pertengahan. Ditambah pula dengan kekuatan jenamanya, pastinya harga yang ditawarkan tampak berbaloi.

Adakah berbaloi? Pada kami sekiranya anda merupakan peminat Nokia atau mahu ‘sekali lagi’ menggunakan telefon pintar keluaran Nokia, mendapatkan model ini mungkin pilihan yang baik.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sekadar mahu mendapatkan model berdasarkan penawaran spesifikasi, mendapatkan model lain dengan tanda harga yang lebih rendah dilihat sebagai keputusan yang berbaloi.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group