Revolver yang dipercayai digunakan oleh pelukis terkenal dari Belanda, Van Gogh untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan di Paris. Revolver ini dipercayai digunakan oleh Van Gogh untuk menembak dadanya pada tahun 1890 yang lalu.

Revolver yang sudah berkarat dan tidak lengkap ini berjaya dijual kepada pembida tertinggi melalui panggilan telefon. Maklumat pembeli bagaimanapun tidak didedahkan.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_190620111511-van-gogh-gun-3

Revolver yang mempunyai nilai tersendiri ini telah terjual pada harga $183,000 (~RM759,633), dua kali ganda daripada jangkaan asal. Revolver yang ditemukan pada tahun sekitar 1960-an di sebuah ladang gandum tempat beliau sering melukis. Hasil penelitian kaliber dan beberapa ujian yang berkaitan berjaya mengesahkan revolver tersebut adalah senjata yang sama digunakan oleh pelukis lagenda itu untuk membunuh diri.

Sumber