Pihak berkuasa Sri Lanka mengatakan batu permata terbesar di dunia telah dijumpai di halaman belakang rumah secara tidak sengaja. Seorang peniaga batu permata mengatakan batu itu dijumpai oleh pekerja yang menggali perigi di rumahnya di kawasan Ratnapura yang kaya dengan permata, lapor BBC.

Para pakar mengatakan batu itu, yang berwarna biru pucat, dianggarkan bernilai hingga $ 100 juta atau sekitar RM450 juta di pasaran antarabangsa. Batu ini dikatakan mempunyai berat sekitar 510 kilogram atau 2.5 juta karat dan diberi nama “Serendipity Sapphire”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Orang yang menggali perigi itu memberitahu kami tentang beberapa batu yang jarang dilihat. Kemudian kami menemui spesimen besar ini,” kata Gamage, pemilik kepada batu tersebut yang tidak mahu memberikan nama penuh bagi tujuan keselamatan.

Gamage, yang merupakan peniaga permata generasi ketiga, memberi tahu pihak berkuasa mengenai penemuan itu, tetapi memerlukan lebih dari setahun untuk membersihkan batu itu dari lumpur dan kotoran lain sebelum mereka dapat menganalisis dan mengesahkannya.

Ratnapura, yang bermaksud kota permata di Sinhalese, dikenali sebagai ibu kota batu permata di Asia Selatan. Direkodkan bahawa pelbagai batu berharga lain turut dijumpai di sana pada masa lalu.

Sri Lanka pula adalah antara pengeksport terbesar bagi batu nilam dan permata berharga yang lain. Tahun lalu, negara itu memperoleh sekitar setengah bilion dolar melalui eksport permata, berlian dan barang kemas.

“Saya tidak pernah melihat spesimen yang begitu besar sebelumnya. Mungkin terbentuk sekitar 400 juta tahun yang lalu,” kata Dr Gamini Zoysa, ahli gemologi terkenal, kepada BBC.

Pakar juga menunjukkan bahawa walaupun spesimen memiliki nilai karat yang tinggi, semua batu di kelompok mungkin tidak bermutu tinggi.

Penemuan ini muncul ditengah-tengah industri permata Sri Lanka mengalami kerugian akibat penutupan akibat wabak COVID-19. Mereka yang bekerja di industri ini berharap “Serendipity Stone” kini dapat menarik minat pembeli dan pakar antarabangsa.

Lelaki ini mendadak kaya, jual video animasi berdurasi 10 saat pada harga RM26 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Mendadak Kaya, Jual Video Animasi Berdurasi 10 Saat Pada Harga RM26 Juta

Lelaki Di Indonesia Jadi Jutawan Sekelip Mata, Jual Batu ‘Meteorit’ Dengan Harga RM7.6 Juta