Selepas membeli peti ais terpakai secara online, lelaki di Korea Selatan ini terkejut apabila menjumpai sejumlah wang bernilai KRW110 million (RM398,423) ketika membersihkan peti ais tersebut.

Wang tersebut yang dibalut dengan plastik dijumpai di sembunyikan di bawah peti ais. Lalu, lelaki itu bertindak ke balai polis untuk membuat laporan polis pada 6 Ogos yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, pihak polis telah menjalankan siasatan untuk mencari sumber wang tersebut dan kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa. Malah, penjual dan penghantar peti ais turut telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Hal ini dilihat tidak masuk akal kerana melibatkan sejumlah wang yang besar menurut seorang pegawai polis. Malah, menurut Akta Hilang dan Jumpa Negara itu, wang tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpainya sekiranya pemilik sebenar tidak datang tuntut dalam tempoh 6 bulan.

Akan tetapi, pihak yang mendapat wang itu perlu membayar 22% cukai daripada jumlah wang tersebut. Jika pemilik sebenar dikesan, maka pihak yang menjumpainya akan mendapat ganti rugi antara 5 hingga 20%.

Manakala, andai wang tersebut didapati mempunyai kaitan dengan jenayah, ia akan disalurkan terus ke dalam dana negara.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Atlet Israel Buat Salah Pun Boleh Menang Emas, Jurulatih Rusia Dakwa Hakim Olimpik Terima Rasuah?

KFC Malaysia Tawar Kembali Promosi RM20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Mulai 16 Ogos Ini

Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini

Sumber