Berbincang mengenai kereta jenis SUV, pastinya rekabentuk yang kukuh dan tahan lasak antara yang menjadi kriteria pengguna. Pada kali ini, Rezvani selaku syarikat automotif dari Amerika Syarikat telah mengemaskini model keluaran 2019 mereka dengan memperkenalkan Rezvani Tank 2020. Model ini turut dinobatkan sebagai model SUV paling hebat dan kukuh pernah dihasilkan.

Dari segi spesifikasi, Rezvani Tank dilengkapi dengan enjin Dodge Demon V8 6.2 liter yang membolehkan model ini digerakkan dengan 1,000 kuasa kuda dan 870Nm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https___hypebeast.com_image_2019_08_2020-rezvani-tank-most-powerful-suv-release-2

https___hypebeast.com_image_2019_08_2020-rezvani-tank-most-powerful-suv-release-3

https___hypebeast.com_image_2019_08_2020-rezvani-tank-most-powerful-suv-release-6

https___hypebeast.com_image_2019_08_2020-rezvani-tank-most-powerful-suv-release-7

Tidak hanya menawarkan kemewahan dan rekabentuk yang kukuh, Rezvani Tank turut dilengkapi dengan beberapa spesifikasi ketenteraan merangkumi ballistic armor, perlindungan daripada genjatan elektrik serta night vision.

Rezvani Tank mula dijual dengan harga $155,000 (RM650,000) dimana syarikat ini sudah mula menerima tempahan. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi Rezvani Tank.