Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini YouTuber Atta Halilintar diumumkan sebagai individu pertama di Asia Tenggara yang memiliki seramai 10 juta subscriber, kini rakan senegara, Ria Ricis pula mengikut jejak Atta dengan pencapaian yang sama.

Malah, lebih membanggakan Ria Ricis merupakan YouTuber wanita muslimah pertama yang berjaya mencapai kejayaan tersebut.

Nama Ria Ricis mula meningkat di YouTube Indonesia semenjak tahun 2015 lalu terkenal dengan perwatakannya yang riang dan bersahaja di setiap video yang dimuatnaik. Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan adik kandung pendakwah bebas, Oki Setiana Dewi ini kerap memuat naik content video melawat ke rumah selebriti terkenal di Indonesia.

View this post on Instagram

hmmmm jgn lupa makan. @okisetianadewi

A post shared by RICIS (@riaricis1795) on

Tidak terhad kepada selebriti, Ria Ricis juga sempat diberi peluang untuk berkunjung ke rumah Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.

Sama seperti Atta Halilintar yang bernazar untuk membina sebuah masjid setelah mencapai 10 juta subscribers, Ria Ricis sebelumnya telah berjanji untuk membawa beberapa orang subscribers bertuah untuk berangkat menunaikan umrah bersama-sama dengannya tidak lama lagi.

Anda Mungkin Suka