Selepas melantik Neelofa sebagai ahli lembaga pengarah, AirAsia merombak barisan pengurusan kanannya dengan melantik Riad Asmat sebagai CEO baharu menggantikan Aireen Omar yang dinaik pangkat menjadi Timbalan CEO Kumpulan – Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat.

Riad merupakan anak kepada Tan Sri Asmat Kamaludin yang juga seorang pengarah di AirAsia X Berhad. Beliau juga bekas Pengarah Pembangunan Perancangan Korporat, Strategi dan Perniagaan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pelantikan Aireen sebagai orang kanannya merupakan isyarat AirAsia untuk mentransformasi syarikat ini daripada syarikat penerbangan konvesional kepada syarikat digital.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga melantik Bo Lingam sebagai Timbalan CEO Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan), Kapten Adrian Jenkins sebagai COO dan Rozman Omar sebagai Pengarah Eksekutif AirAsia International Limited (AAIL).

Sumber