Puluhan ribu warga Afghanistan meninggalkan kawasan kediaman mereka sejak Taliban mula menakluk beberapa wilayah. Mereka takut kerana Taliban semakin bersikap agresif dalam menekan penduduk, mulai dari merompak rumah hingga mengambil secara paksa anak perempuan dan janda.

Melalui satu video yang tular di laman sosial, kelihatan beribu rakyat Afghanistan yang berpusu-pusu untuk keluar dari negara yang bakal dikuasai oleh Taliban. Keadaan kelam kabut telah berlaku di Lapangan Terbang Kabul dengan kebanyakan rakyat di sana mahu menaiki pesawat milik Amerika Syarikat untuk keluar daripada negara terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih parah lagi, rakyat Afghanistan seolah hilang arah selepas Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara terbabit. Dia memberi alasan bahawa dia ingin mengelak pertumpahan darah di sana. Tindakan presiden telah memicu kemarahan dan kebingungan rakyat setempat. Sebahagian pula memandang bahawa Ashraf adalah seorang pemimpin yang pengecut.

Terbaharu, dengan beberapa siri penaklukan dan larinya Ashraf Ghani dari negara tersebut, jurucakap urusan politik Taliban Mohammad Naeem memberitahu media antarabangsa bahawa perang di Afghanistan telah berakhir setelah kumpulan itu berjaya menakluk ibu kota, Kabul.

https___d1e00ek4ebabms.cloudfront.net_production_db8e4834-f2d4-45a0-8c4e-515883e0bfa0
Financial Times

Bagaimanapun, segala kekacauan yang berlaku di sana bermula apabila Amerika Syarikat (AS) bertindak memanggil pulang hampir keseluruhan tentera mereka yang bertapak di Afghanistan. AS yang mulanya berjanji untuk membawa pulang semua tenteranya dari Afghanistan pada 11 September 2021 telah bertindak melakukan perkara tersebut lebih awal dari jadual.

Difahamkan usaha itu telah mula dilakukan secara senyap dan pantas sejak bulan Mei lalu. Pada bulan Jun, difahamkan bahawa lebih 50 peratus tentera AS sudah pulang ke negara mereka. Pada Julai pula, Jabatan Pertahanan AS mengumumkan bahawa mereka sudah membawa pulang 90 peratus tentera mereka. Manakala saki baki tentera AS yang lain, akan mula keluar dari Afghanistan pada akhir bulan Ogos.

Setelah majoriti tentera AS keluar daripada negara terbabit, Taliban mula menyusun langkah dengan menduduki beberapa kawasan di Afghanistan. Pada peringkat awal, taliban mula menguasai beberapa kawasan di luar bandar. Selepas itu mereka mula memasuki beberapa wilayah sempadan yang penting.

Peperangan di antara Taliban dan tentera Afghanistan semakin parah sejak 29 Julai lalu apabila Taliban bertindak menyerang ibu kota Helmand, Laskargh. Taliban juga bertindak menyerang lapangan terbang Kandahar dengan roket. Beberapa hari selepas itu Taliban mula menguasai ibu kota pertama, iaitu Zaranj di Nimroz.

https___d1e00ek4ebabms.cloudfront.net_production_395849a6-69c8-4ae5-909f-4cf3c4dd91dd
Financial Times

Walaupun ada usaha bantuan dari tentera AS dengan melancarkan serangan dari udara, tetapi ia tidak banyak membantu tentera Afghanistan untuk mengalahkan Taliban. Kumpulan pemberontak ini berjaya melancarkan serangan dengan pantas sehingga AS berpendapat bahawa Taliban akan menguasai Afghanistan lebih awal dari yang dijangka.

Dan pada 15 Ogos, Taliban berjaya memasuki Kabul setelah menawan 23 ibu kota sejak keluarnya AS dan tentera asing yang lain dari negara terbabit. Bagi Taliban, ini adalah kemenangan yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Kejayaan menakluk Kabul telah menandakan kembalinya kumpulan itu setelah digulingkan oleh pimpinan AS pada tahun 2001.

Namun bagi kebanyakan rakyat Afghanistan, ketakutan mula menyelubungi mereka. Sebahagian daripada mereka sudah mula melarikan diri ke negara-negara jiran. Julai lalu, lebih 300 rakyat Afghanistan yang lari ke Tajikistan. Selain itu, mereka juga cuba memasuki Pakistan tetapi dihalang oleh pengawal sempadan negara tersebut. Manakala Kanada pula merancang untuk memberi perlindungan kepada 20,000 warga Afghanistan

Dengan kejayaan menakluk Kabul dan beberapa wilayah lain, Taliban telah mengisytiharkan berakhirnya perang di Afghanistan. Taliban turut memberi jaminan bahawa tidak akan ada mana-mana agensi diplomatik atau markas yang menjadi sasaran. Mereka juga bersedia untuk membuka ruang dialog dengan mana-mana pihak dan Taliban juga berjanji untuk memberi keselamatan kepada semua warganegara Afghanistan.

Travel solo ke bekas sarang Taliban di Pakistan, wanita ini kongsi 28 tip termasuk mohon visa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Travel Solo Ke Bekas Sarang Taliban Di Pakistan, Wanita Ini Kongsi 28 Tip Termasuk Mohon Visa

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Hero Wanita Berusia 19 Tahun, Angel Tahu ‘Everything Will Be Okay’ Untuk Myanmar