Lebih 80 peratus kebarangkalian ribut Matahari kuat bakal melanda Bumi pada malam ini. Memetik laporan Lad Bible, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) berkata Britain akan menerima kesan daripada fenomena ini dalam 20 peratus.

Tambah laporan itu lagi, orang ramai di seluruh dunia pula akan berpeluang melihat fenomena Auroro, iaitu cahaya yang di kawasan beraltitud tinggi. Penduduk ke arah Khatulistiwa juga dijangka dapat melihat dengan lebih jauh semasa ribut itu berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut ahli fizik angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov, beliau mengesahkan ribut matahari itu dijangka akan melanda pada sebelah malam (waktu tempatan).

“Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan ribut suria akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan),” kata Dr. Tamitha Skov ahli fizik angkasa lepas.

Tambah beliau lagi, Aurora ini mungkin dapat dilihat jauh ke lalitud tengah dan bakal berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang subuh, senja atau malam di Bumi.

Sebelum ini, pada bulan Oktober 2021 para saintis juga mendakwa bahawa ribut solar dijangka melanda bumi sehingga yang berpotensi menimbulkan masalah besar pada grid kuasa dan internet.

Ribut Matahari berlaku kerana fenomena suar suria yang disebut Corona Mass Ejection (CME). Ini terjadi akibat penyingkiran plasma dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona. Fenomena ini boleh mempengaruhi sistem komunikasi dengan mengganggu isyarat radio.

Ribut solar landa Bumi malam ini, orang ramai diminta tidak panik. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ribut Solar Landa Bumi Malam Ini, Orang Ramai Diminta Tidak Panik

Suhu Di Sebuah Pantai Rusia Turun Mendadak Dari 41°C Ke 22°C Dalam Sekelip Mata Mengakibatkan Ribut Dan Hujan Batu Yang Dasyat

Negeri Pantai Timur Paling Terkesan, Malaysia Dilanda ‘Musim Sejuk’ Yang Tidak Selamat