Fenomena ribut solar dijangka melanda bumi hari ini yang berpotensi menimbulkan masalah besar pada grid kuasa dan internet. Sementara itu, Pejabat Meteorologi British meminta orang ramai untuk tidak panik dan kekal tenang.

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, menurut Pejabat Meteorologi British dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional Amerika Syarikat (NOAA), fenomena itu dijangka sampai ke Bumi sekitar tengah malam ini.

“Dijangka akan ada ribut geomagnetik kecil dan sederhana. Ribut tidak mungkin berlanjutan hingga 12 Oktober sebelum angin kencang dari lubang korona tiba dan dapat meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif,” katanya.

Ribut suria berlaku kerana fenomena suar suria yang disebut Corona Mass Ejection (CME). Ini terjadi akibat penyingkiran plasma dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona. Fenomena ini boleh mempengaruhi sistem komunikasi dengan mengganggu isyarat radio.

Bagaimanapun, medan magnet Bumi berfungsi untuk membantu melindungi manusia daripada kesan yang lebih ekstrem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.

Ribut solar terbesar yang pernah melanda Bumi adalah pada 2,500 tahun yang lalu. Sekumpulan saintis yang membuat kajian mengenai ribut solar ini mendapati bahawa unsur-unsur radioaktif yang dilepaskan oleh ribut solar pada 660 masihi yang lalu telah ditemui di Greenland.

Bagi para saintis, manusia belum bersedia untuk menghadapi situasi tersebut. Ia bukan sahaja mengganggu kehidupan manusia, malah ia akan memberi kesan teruk kepada masyarakat yang bergantung dengan teknologi tinggi hari ini.

Para penyelidik mengawasi pembentukan ribut solar sejak tahun 1950-an lagi bagi memahami jenis risiko yang dibawa sekiranya kejadian ini terjadi. Manusia bukan sahaja perlu meningkatkan perlindungan, malah perlu memahami bagaimana ribut solar ini bekerja dan memberi kesan kepada kehidupan kita.

Ini adalah cara yang dicadangkan oleh saintis untuk ‘menunda kemusnahan Bumi’. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Adalah Cara Yang Dicadangkan Oleh Saintis Untuk ‘Menunda Kemusnahan Bumi’