Pada Februari tahun lalu, Ferrari telah mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama jangka masa panjang dengan jenama jam tangan mewah, Richard Mille.

Baru-baru ini dua jenama mewah dari negara Switzerland dan Itali itu telah memperlihatkan hasil kerjasama mereka, iaitu rekaan model jam ‘ultra-flat’ ternipis di dunia — ‘RM UP-01 Ferrari’ — setebal 1.75 milimeter dan seberat 2.82 gram sahaja (termasuk tali jam sekali).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Facebook Richard Mille

Pembangunan jam tangan mekanikal ini mengambil masa kira-kira 6,000 jam dengan kerjasama jurutera Richard Mille dan Audemars Piguet Le Locle, hasilnya; ia tahan lasak dengan penggunaan titanium gred 5, kalis air sehingga 10 meter, mampu bertahan kuasa ‘G-force’ pada 5,000g dan mempunyai simpanan tenaga sehingga 45 jam.

‘RM UP-01 Ferrari’ hanya ditawarkan 150 unit dengan harga seutas jam tangan ini sekitar USD1.9 juta (RM8.41 juta) sahaja.

Ketebalan jam tangan ‘Swis-Itali’ itu kurang 0.05mm atau hanya 3% lebih nipis berbanding pemegang rekod sebelumnya, Bulgari Octo Finissimo Ultra.

Dari gambar-gambar yang kami kongsikan di bawah, anda boleh tengok betapa nipisnya jam tangan itu yang mana tali jam lebih tebal berbanding jam itu sendiri.

Pada masa sama anda boleh ikuti perkembangan fesyen dan gaya hidup terkini di VOCKET STYLE.

Sumber Gambar: Richard Mille

Jam tangan Richard Mille sentiasa menjadi rebutan orang-orang ternama tidak kira mahupun dalam atau pun luar negara. Baca lebih lanjut mengapa jenama itu begitu berharga melalui pautan di bawah.

Mengapa Jam Tangan Richard Mille ‘Milik’ Siti Nurhaliza Ini Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit

Annuar Musa Nafi Miliki Jam Tangan Mewah Richard Mille Seperti Tular Di Media Sosial

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

Sumber