Seorang penghantar barang menerima permintaan khas daripada pelanggan untuk membuang barang ke dalam sungai. Namun barangan tersebut yang menjadi tanda tanya netizen adakah ia sihir atau pun sekadar barangan biasa.
Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, dengan nama @syafiqunzir, beliau memuat naik satu pesanan yang diterima olehnya daripada salah seorang pelanggan yang memintanya untuk membuang barang.
Di dalam pesanan tersebut, pelanggan itu meminta beliau untuk mengambil barang yang mahu dibuang berbentuk sebuah botal kaca lama dengan lilitan di dalamnya di Sunway Pyramid.
Weh seram sial, nak accept job ke nak report π pic.twitter.com/xZl6QbNPsi
— Syafiq (@syafiqunzir) January 16, 2023
Pelanggan tersebut turut meletakkan syarat agar penghantar barang tersebut mestilah seorang muslim yang pandai membaca ayat suci al-Quran.
Permintaan khas pelanggan tersebut telah membuatkan beliau tertanya-tanya apakah kandungan barangan tersebut? Dan adakah ia sihir yang sering diamalkan oleh mereka yang mahu mendapatkan sesuatu?
Ciapan yang dibuat oleh beliau telah mendapat perhatian netizen, kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa barangan tersebut kemungkinan mempunyai kaitan dengan sihir.
Sebahagian daripada netizen lain pula menceritakan pengalaman yang sama apabila diminta oleh pelanggan untuk membuang barangan misteri tersebut.
Abang sy pernah buang skali tgh malam. Coincidentally nama abg sy pun Syafiq. Haha. Ustaz pesan buang dan jgn tengok/toleh kalau dengar apa2.
Dia cerita lepas je buang, ada suara kata 'yang kau pegi buang tu kenapa?!'
Mmg dia lari terus la.π€£
— Iera Stilinski β (@Iera_Azmi) January 17, 2023
buang je takda apa pun. dlu my dad suruh buang benda tu kt sungai. dia ada kelas mengajar so aku pg la buang so lets goooo! cuma tu la jgn dibukak je π€£
— ππΊπΆπ (@aryulll_) January 16, 2023
Nak tolong tu boleh tapi risiko sikit la. Barang orang hantar sihir kat aku dulu pun kena campak sungai jugak. Tak silap syaratnya bukan aku yg buang. So mak aku yang lemparkan sebab aku tengah lemah semangat kan
— me :) (@immaseterong) January 17, 2023
Biar apa pun barangan tersebut, diminta untuk para penghantar barang tersebut untuk sentiasa berhati-hati kerana kita tidak tahu niat di sebalik permintaan yang dibuat pelanggan.
Selain itu, jika perkara itu boleh memudaratkan kita dari segi undang-undang mahupun rohani, seeloknya dielakkan.