Seorang rider servis penghantaran makanan terkenal, Foodpanda bakal berdepan dengan hukuman penjara dan 6 sebatan akibat memukul rakan sekerjanya, Batman Suparman yang juga seorang penghantar makanan atau rider. Kejadian yang berlaku di Singapura itu bermula daripada pergaduhan di sebuah group WhatsApp.

Tertuduh, Eng Guan Hong, difahamkan telah menghantar satu mesej yang meminta rider di kawasan berkenaan untuk mendaftar satu skim baharu yang diperkenalkan kepada rider Foodpanda. Eng turut melabel mereka yang ingkar untuk mematuhi arahan tersebut sebagai ‘bodoh’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mangsa, Batman Bin Suparman berusia 29 tahun yang juga berada di dalam group tersebut berasa agak tersinggung dengan penggunaan bahasa yang digunakan oleh Eng. Teguran Batman kemudian menimbulkan kemarahan Eng dan menyebabkan mereka mula bertengkar. Eng berulangkali mengajak Batman untuk bersemuka untuk menyelesaikan perkara tersebut. Batman kemudian bersetuju untuk berjumpa di ibu pejabat Foodpanda di United House pada pukul 2.40 petang.

Batman Suparman
Kad pegenalan sebenar Batman Bin Suparman

Sebelum turun bertemu dengan Batman, Eng sempat menyelitkan pisau kecil di dalam poket belakangnya. Sebaik sahaja bertemu dengan Batman, Eng terus sahaja menghayunkan helmet pada muka Batman bertubi-tubi. Pertengkaran tersebut mendapat perhatian rider lain ditempat kejadian dan mencuba untuk menghalang namun gagal.

Eng cuba melawan rider lain yang datang membantu dan mencapai pisau kecil kemudian terus meluru ke arah Batman. Mangsa sempat mencuba untuk menghalang serangan tersebut dengan menahan menggunakan lengannya. Akibat itu, torehan pertama mengenai hidung dan telinganya. Pertengkaran akhirnya dapat dileraikan setelah pegawai Foodpanda dari pejabat keluar untuk membantu.

Mangsa kemudian bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Singapura untuk rawatan selanjutnya. Akibat kejadian ini, Eng dan Batman diberhentikan oleh pihak syarikat.