Rider penghantar makanan menjadi first responder bukanlah perkara asing di dalam negara ini. Dalam beberapa rakaman insiden kejadian, pastikan akan kelihatan kelibat rider penghantar makanan memberikan bantuan.

Terbaharu, seorang rider GrabFood meraih pujian orang ramai apabila dia meluru merempuh motosikal milik peragut untuk selamatkan mangsa insiden jenayah itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal video tersebut ada seorang wanita memakai baju kelawar kuning hitam sedang jalan seorang diri di sekitar kawasan Menara Felda FGV. Tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal melawan arah mengekori wanita itu dari belakang.

Sejurus itu berlaku bergelutan di antara salah seorang peragut dengan wanita terbabit sehingga ke tengah-tengah jalan. Kejadian itu disedari oleh beberapa pengguna jalan raya lain yang mula memberhentikan kenderaan untuk memberikan bantuan.

Beberapa saat kemudian, datang seorang rider GrabFood meluru merempuh motosikal peragut untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Beberapa kenderaan awam lain berhenti dan segera membantu mangsa dan rider tersebut.

Tindakan orang ramai itu telah mendapat pujian pengguna media sosial, hasil kerjasama antara satu sama lain berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut.

Sumber Gambar: Facebook Ronell Rekk
Sumber Gambar: Facebook Ronell Rekk
Sumber Gambar: Facebook Ronell Rekk
Sumber Gambar: Facebook Ronell Rekk
Sumber Gambar: Facebook Ronell Rekk

Daripada hantaran Facebook Ronell Rekk, kedua-dua peragut telah berjaya ditahan orang ramai dan diserahkan kepada anggota polis untuk diambil tindakan lanjut.

Pada masa sama, netizen turut memuji keberanian wanita ‘berbaju kelawar’ itu kerana begitu berani melawan peragut sehingga menyebabkan kedua-duanya berjaya ditangkap.

Orang ramai juga mengecam kedua-dua lelaki itu kerana dilihat sihat tubuh badan mereka, namun sanggup melakukan jenayah yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang tidak bersalah.

Anda boleh baca lagi kisah-kisah menarik rider penghantar makanan menjadi ‘first responder‘ dalam memberikan bantuan. Baca lebih lanjut melalui pautan-pautan di bawah.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Jadi ‘First Responder’, Netizen Puji Kecekapan Abang foodpanda Bantu Potong Pokok Tumbang

Grab Cari ‘Abang Rider Kajang’, Hero Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam