Bintang Olahraga Malaysia, Ridzuan Puzi sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila mencipta rekod baharu dunia dalam acara olahraga Sukan Para Asia 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013. Emas kedua beliau pula adalah dalam acara lari pecut 400m.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain acara pecut 100m dan 400m, Ridzuan atau dikenali sebagai Dik Wan, turut menambah koleksi emas dalam acara lompat jauh lelaki T36 dengan catatan rekod baharu kejohanan dan Asia iaitu 5.49 meter (m) di Stadium Gelora Bung Karno.

Mohamad Ridzuan mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik 2016. Menurut beliau, ini merupakan berkat daripada doa ibu bapanya yang sentiasa mendoakan kejayaannya di temasya sukan ini.

Video di bawah adalah rakaman acara lumba lari acara 100m T36 lelaki yang dimenanginya. Tahniah Mohamad Ridzuan Puzi!