Bintang pop global Rihanna baru sahaja melengkapkan pertunjukan fesyen pakaian dalam Savage x Fenty pada hujung minggu lalu.

Namun, peristiwa itu menarik banyak reaksi negatif dari netizen dan ahli masyarakat, terutamanya mereka yang menganut agama Islam, yang mengecam Rihanna kerana menggunakan lagu yang berisi riwayat hadis Nabi Muhammad SAW.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadis adalah sumber penting penganut agama Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Ia juga adalah interpretasi Nabi SAW kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami hukum syarak.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, lagu Doom adalah hasil ciptaan penerbit yang berpangkalan di London bernama Coucou Chloe. Coucou sendiri mengaku menyusun semula lagu tersebut dengan memasukkan hadis Nabi yang menceritakan tanda-tanda hari kiamat atau akhir zaman.

Lagu tersebut telah mencetuskan reaksi negatif dari netizen yang mengecam tindakan penyanyi berusia 32 tahun itu. Mereka mendakwa Rihanna seolah-olah tidak menghormati Islam dan sengaja mencetuskan provokasi apabila memainkan lagu tersebut di pertunjukan fesyen pakaian dalam.

Sebahagian daripada netizen pula mendesak Rihanna, yang juga pengarah kreatif acara fesyen tersebut untuk melakukan lebih banyak penyelidikan sebelum memasukkan elemen Islam di dalam sesebuah karya.

https://twitter.com/pali_smustafa/status/1312903318570774533

https://twitter.com/ZARRYKISSY/status/1312862767481860097

Untuk rekod, Rihanna masih belum membuat apa-apa kenyataan balas mengenai isu ini. Kebanyakan daripada netizen telah tampil mendesak Rihanna untuk membuat permohonan maaf kerana mencetuskan kontroversi kepada agama Islam.

Untuk bacaan lanjut mengenai Rihanna, klik pautan di bawah.

Rihanna ‘Usik’ Peminat Dengan Produk Baharu Fenty Beauty

Rihanna Marah, Harga Saham Snapchat Jatuh Merudum