Berita gembira buat fashionista yang obses dengan rangkaian alat solek dari Fenty Beauty by Rihanna apabila pengasas produk tersebut, Rihanna memuat naik produk terbaharu yang mempunyai peranan yang hampir sama dengan highlighter yang sungguh ikonik keluaran pertama yang lepas.

Rihanna memuat naik penggunaan produk tersebut di laman sosial Instagram produk tersebut, Fenty Beauty. Produk tersebut yang dikenali sebagai ‘Body Lava’ yang digunakan bersama ‘Kabuki Brush’ dikatakan akan dilancarkan pada 6 April. Video boomerang tersebut bagaikan ‘mengusik’ para peminat jenama tersebut dengan ayat ‘Mine are almost empty’ untuk memiliki produk itu apabila dilancarkan nanti.

#BODYLAVA ๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€ APRIL 6th, get ready! #rihgram @badgalriri

A post shared by FENTY BEAUTY BY RIHANNA (@fentybeauty) on

#BROWNSUGAR or #WHONEEDSCLOTHES??? Nvm, weโ€™ll take both ๐Ÿคท๐Ÿฝโ€โ™€๏ธ @badgalriri #BODYLAVA drops April 6th!

A post shared by FENTY BEAUTY BY RIHANNA (@fentybeauty) on

Rihanna turut berkongsi cara penggunaan ‘Body Lava’ yang akan memberikan efek kulit badan glowing seperti yang digilai oleh para selebriti Instagram yang terkenal dalam dan luar negara.

Clothes not needed. ๐Ÿ˜‰#BODYLAVA in #WHONEEDSCLOTHES?!

A post shared by FENTY BEAUTY BY RIHANNA (@fentybeauty) on

Para pengguna produk yang tidak sabar untuk mendapatkan produk ini, rajin-rajinlah untuk ‘mengintai’ di laman web rasmi Fenty Beauty atau Sephora Malaysia bulan hadapan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group