Menyebut tentang jenama Rimac mungkin jenama ini kurang dikenali berbanding beberapa jenama supercar yang lain. Dalam pada itu hasil kejayaan jenama ini sememangnyan mengangumkan.

Terbaru, Rimac automobil kembali lagi dengan model terbaru iaitu Rimac C-Two. Konsep model terbaru ini telah dinaiktaraf daripada model terdahulu dengan lebih tambahan kuasa kuda penambahbaikan dari segi pengendalian.

Kereta ini disertakan kemampuan 1,900 kuasa kuda yang membolehkan Rimac C-Two mencecah 0-60 MPH di bawah 1.85 saat. Selain itu, model supercar ini turut disertakan dengan teknologi pandu sendiri. Bagi menjanjikan kualiti terbaik disetiap model yang terjual, syarikat ini akan menguji terlebih dahulu kemampuan kereta ini sebelum dijual buat para pelanggan.

Rimac C-Two bakal mula dijual pada tahun ini dengan pengeluaran sebanyak 150 unit sahaja. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang tanda harga bagi model ini namun tidak megejutkan sekiranya supercar ini dijual dengan harga mencecah 7 hingga 8 angka.

rimac-c-two-1

rimac-c-two-4

rimac-c-two-6

rimac-c-two-7

rimac-c-two-9

rimac-c-two-11

rimac-c-two-12

rimac-c-two-13

rimac-c-two-14

rimac-c-two-15