RIMOWA terkenal dengan bagasi premium hasil kolaborasi dengan beberapa jenama mewah seperti Off-White™, AMBUSH dan Fendi. Minggu lalu, syarikat ini telah melebarkan sayapnya dengan membuka flagship store pertama di Jepun.

RIMOWAJAPAN

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

7 Chome Ginza dipilih sebagai lokasi pembukaan flagship store tersebut. Pelancaran pembukaan outlet tersebut telah dihadiri oleh beberapa personaliti pereka tempatan seperti Hiroshi Fujiwara, Emi Suzuki, Ryo Ryusei, Takashi Murakami, Yu Shirota dan ramai lagi. Sekumpulan pereka dan pelukis tempatan tersebut menjadi jemputan khas sempena pembukaan bertujuan untuk menghasilkan rekaan khas bagasi.

Bukan itu sahaja, beberapa orang pelukis MAMI juga dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan tersebut sekaligus mempamerkan hasil tulisan kaligrafi secara langsung kepada pengunjung.

Sumber