Jika anda mencari headphone mudah bawa untuk melancong, mungkin ada boleh memoertimbangkan headphone RIMOWA x Bang & Olufsen ini. Seperti kita ketahui, kualiti bagasi RIMOWA yang tahan lasak menjadi ciri unik dan utama untuk rekaan kolaborasi ini.

Headphone edisi khas Beoplay H9i ini diperbuat daripada aluminium dan kulit tulen. Untuk menyerlahkan lagi identiti mewah dan tahan lasak, warna kelabu yang identik dengan RIMOWA digunakan pada keseluruhan rekaan ini. Setiap pembelian akan disertakan sekali dengan sebuah bekas khas untuk menyimpan headphone ini.

rimowa-1
sumber: Boss Hunting Australia

Beoplay H9i ini masih mengekalkan ciri khas wireless sama seperti keluaran Beoplay H9 yang pertama. Untuk menjanjikan pengalaman melancong dengan alunan muzik yang terbaik, Beoplay H9i turut dilengkapi dengan ciri noise-canceling. Selain itu, butang kawalan mudah sentuh pada luar pelekap telinga yang membenarkan pengguna mengubah lagu dengan hanya gerakan swipe sahaja.

rimowabo
Sumber: hypebeast

Beoplay H9i RIMOWA x Bang & Olufsen ini akan mula memasuki pasaran pada 15 April ini dengan harga serendah USD900 (±RM3,700). Layari laman web RIMOWA x Bang & Olufsen untuk pra-tempahan dan maklumat lanjut.