Jenama beg travel mewah iaitu RIMOWA pada kali ini telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu casing khas buat Apple iPhone. Menariknya model yang dikeluarkan ini mengikut rekaan beg travel ikonik mereka.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terdapat tiga saiz berbeza yang ditawarkan buat casing iPhone daripada RIMOWA pada kali ini buat iPhone XR,XS dan XS Max. Selain itu, penggunaan material juga sama seperti beg travel mewah menggunakan aluminium ringan serta tahan lasak dimana ianya tahan daripada hentakan.

RIMOWA menawarkan dua pilihan warna iaitu perak dan merah jambu melalui koleksi pada kali ini dan masing-masing ditawarkan pada harga $101 (RM417.48). Berdasarkan tinjauan kami di laman web di laman rasmi RIMOWA, casing iPhone ini sudahpun habis dibeli para peminat disebalik harganya yang agak tinggi.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

rimowa-phone-case-02

rimowa-phone-case-01

Screen Shot 2019-01-23 at 10.55.28 AM