Pandemik COVID-19 kini membawa lembaran norma baharu yang tidak pernah dijangkakan daripada budaya pemakaian pelitup muka, kena scan suhu dahulu sebelum memasuki premis perniagaan serta peraturan penjarakan sosial yang tidak membenarkan kita semua berkumpul secara beramai-ramai di sesuatu tempat awam.

Tahun 2019 merupakan tahun dimana kita bebas kemana sahaja tanpa perlu penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. Semua itu hanya tinggal menjadi kenangan sejak wabak pandemik melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 sehingga kini.

Terbaharu, perkongsian pengguna Twitter @NegeriKelantan menarik perhatian netizen apabila memuat naik beberapa gambar pada tahun 2019 yang disunting seperti pada tahun 60an pastinya mengimbau nostalgia.

Perkongsian tersebut disertakan bersama kapsyen “Zaman dulu-dulu kalau ingat. Orang yang pernah lalui pasti rindu”.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, kita semua pastinya merindui kehidupan norma lama yang bebas nikmati kehidupan tanpa perlu bimbang pada tahun 2019.  Paling tidak dilupakan, aktiviti menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati makanan di gerai mamak. Ayuh, kita lihat momen-momen indah tersebut  yang diabadikan dalam gambar-gambar ini.

2019

2019 (1)

2019 (2)

2019 (3)

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi kagum terhadap penyuntingan gambar-gambar ini ala vintage dan epik. Bukan itu sahaja, para netizen turut rindu keadaan dahulu yang meriah dan bebas tanpa sebarang halangan.

netizen

netizen 1

Netizen 3

Berharap kita semua mampu bersabar dan mendoakan supaya penularan wabak COVID-19 ini segera pulih agar kita semua mampu menjalani norma lama yang tidak ada peraturan pemakaian pelitup muka, scan suhu serta kewajipan penjarakan sosial di tempat-tempat yang tertentu.

Baca lagi perkongsian daripada kami yang terbaharu mengenai isu-isu semasa yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 menerusi klik pada pautan di bawah.

Tidak Mahu Pekerja Hilang Kerja, Pengusaha Hotel Ini ‘Turun Padang’ Jual Makanan Serendah RM3

Semua Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Dibawah PKP 2.0, Dengan SOP Yang Lebih Ketat?

10 Sebab Mengapa Lelaki Ini Berpendapat Pusat Cuci Kenderaan Wajar Dibuka Sewaktu PKP

Sumber