airasia terus memacu inovasi dengan pelancaran produk baharu – ‘Asean Unlimited’ yang menawarkan pas penerbangan antarabangsa dan domestik airasia serta perkhidmatan penghantaran e-dagang tanpa had di aplikasi super airasia.

Kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan airasia, syarikat ini sedang berkembang menjadi menjadi sebuah aplikasi super yang bukan sahaja menawarkan produk pelancongan, malah pelbagai produk lain seperti e-dagang dan teknologi kewangan.

Dia turut menambah bahawa situasi COVID-19 di seluruh rantau ini membuka peluang kepada airasia dalam memastikan perjalanan lebih lancar apabila sekatan dibuka dan ia dianggap sebagai satu persiapan untuk pemulihan ekonomi dari sektor perjalanan udara.

Bagi Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com pula, kejayaan tawaran AirAsia Unlimited Pass tahun lalu telah membuka ruang kepada airasia untuk meneruskan tawaran ini dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada para tetamu untuk merancang perjalanan lebih awal.

Dia menambah bahawa pemegang pas ‘Asean Unlimited’ boleh menebus penerbangan domestik dan antarabangsa tanpa had bagi perjalanan akan datang dari 17 Mac 2021 sehingga 26 Mac 2022.

Selain itu, pemegang pas juga boleh mengakses perkhidmatan penghantaran percuma di platform e-dagang seperti airasia shop, food dan fresh. Namun, perkhidmatan ini tersedia di kawasan Lembah Klang sahaja buat masa ini dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain di Malaysia.

Bagi anda yang mahu membeli pas ini, ia ditawarkan pada harga RM599, pas ini tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia. Pembelian boleh dibuat di airasia.com/deals atau di aplikasi super airasia (di pautan Unlimited Deals) dari 3 Mac (1000 jam GMT + 8) hingga 7 Mac 2021 (2359h GMT + 8). Pengguna BigPay pula dapat menikmati diskaun sebanyak RM50 untuk pembayaran dengan BigPay dari sekarang hingga 5 Mac 2021.

Penerbangan yang ditebus melalui Asean Unlimited tidak termasuk cukai dan fi kerajaan, bayaran produk tambahan dan caj-caj lain yang dikenakan. Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk kepada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.

AirAsia juga telah melanjutkan tempoh perjalanan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia (RM399) dari 31 Mac hingga 30 Jun 2021. Dilancarkan pada bulan Jun 2020, AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia membolehkan pemegang pas menebus penerbangan tanpa had (penerbangan kod AK) di dalam Malaysia.

Selain itu, pemegang pas AirAsia X Unlimited (RM499) dan pas AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia juga boleh menikmati perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dari airasia shop, food, dan fresh dari sekarang hingga 30 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan pas ‘Asean Unlimited’, sila tekan di sini. Manakala untuk berita, aktiviti dan promosi terkini airasiai, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).