Syarikat peneraju dalam penghasilan dron dan teknologi kamera kreatif, DJI baru-baru ini melancarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu DJI Mini 2.

Merupakan penyambung kepada produk asal DJI, DJI Mini 2 adalah merupakan sebuah kamera dron bersaiz kompak yang dilengkapi dengan teknologi berprestasi tinggi.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Tetapi jangan tersalah sangka, walaupun namanya juga mempunyai Mini dan juga kelihatan kecil namun ianya adalah berbeza dengan DJI Pocket 2 yang dilancarkan baru-baru ini.

1

DJI Pocket 2 boleh dikategorikan sebagai kamera aksi atau digunakan untuk tujuan vlogging tetapi DJI Mini 2 yang terbaru ini adalah merupakan sebuah kamera dron.

Walaupun hanya seberat 249 gram, namun DJI Mini 2 ini lengkap dengan penambahbaikan seperti kuasa penerbangan dan teknologi transmisi yang dipertingkatkan untuk sambungan yang bertahan lebih lama dan reliable (boleh diharap).

2

DJI Mini 2 sesuai buat semua dan mudah untuk diterbangkan.

Lebih senang untuk diterbangkan dek kerana saiznya yang kecil dan kompak, DJI Mini 2 ini juga sangat sesuai buat mereka yang baru mencuba untuk berjinak-jinak dalam fotografi menggunakan dron.

Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai mod yang telah dioptimumkan untuk membolehkan anda merakam setiap detik berharga ketika menerbangkannya.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tutorial dan beberapa alat pembelajaran untuk pengguna baru menikmati dron mereka dengan penuh berkesan.

Bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai fungsi dalaman penuh berguna, tetapi DJI Mini 2 ini juga dihadirkan dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik.

8

Aksesori yang ditawarkan bersama DJI Mini 2

Pemilik atau pengguna DJI Mini 2 ini boleh memilih untuk menjadikan sistem ini sebagai milik mereka yang tersendiri dengan rangkaian aksesori yang luas.

Tidak mempunyai masa untuk menerbangkannya kerana terhalang dengan perintah kawalan pergerakan ketika ini?

Jangan risau kerana anda juga berpeluang untuk mempamerkan DJI Mini 2 kesayangan ini dengan illuminated display case ini yang pasti akan menyerikan lagi setup anda di rumah.

4

‘Illuminated display case’ untuk menyimpan DJI Mini 2 anda.

Dengan harga serendah RM1,899, DJI Mini 2 pasti menjadi pilihan anda yang seterusnya untuk fotografi dan videografi menggunakan kamera drone selepas ini.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai DJI Pocket 2 yang juga baru sahaja dilancarkan melalui pautan di bawah. 

DJI Pocket 2, Kamera Mini Dengan Resolusi 4K Berharga Serendah RM1,549

DJI Lancarkan RS 2 Dan RSC 2, Gimbal Yang Lebih Ringan, Kukuh Dan Pintar

DJI Lancarkan Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7

Anda Mungkin Suka