Kehangatan Syawal sudah mula dirasai. Sana sini orang sibuk melengkapkan persiapan raya, namun masih ada insan lain yang bersengkang mata demi mencari rezeki untuk sambutan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Begitulah yang dilalui oleh Puan Rohashinah seorang ibu tunggal berusia 35 tahun dan menetap di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Selepas pemergian ayahnya, Puan Rohashinah mengalas tanggungjawab yang besar dengan menjaga 2 orang anak saudara dan ibu yang baru sahaja pulih dari sakit.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

1vckt

Walaupun mempunyai kelulusan diploma, Puan Rohashinah atau mesra dipanggil Kak Ros tidak mempunyai pekerjaan tetap. Kak Ros pernah bekerja sebagai seorang guru tuisyen, tapi tidak lama. Kemudian dia beralih arah dengan mencuba dalam bidang jahitan dan mula belajar menjahit.

Demi untuk memenuhi keperluan hidup keluarga, Kak Ros membuat pinjaman daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk membeli mesin jahit untuk memulakan perniagaan menjahit secara kecil-kecilan.

3vckt

Hanya dengan sebuah mesin jahit, Kak Ros tidak mampu untuk mengambil tempahan jahit yang banyak. Setiap minggu, dia dapat menyiapkan satu atau dua helai baju sahaja. Dengan untung yang diperoleh, masih lagi belum cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Ibu Kak Ros juga turut membantu dengan berniaga menjual ketupat palas di gerai-gerai berdekatan dengan rumah dan juga melalui tempahan.

4vckt

5vckt

Pada 4 Mei yang lalu, kehidupan Kak Ros berubah dengan kehadiran pihak SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank yang diwakili oleh En Rizal IL-Ehzan, Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Islamic Bank serta Datin Paduka Che Asmah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Wakil dari kedua pihak hadir untuk menghulurkan sumbangan kepada Kak Ros. Kesemua sumbangan yang diberikan berbentuk barangan keperluan menjahit seperti seterika stim, almari, mesin jahit, moto mesin jahit dan perkakas jahitan.

7vckt

Screenshot 2019-05-24 at 5.16.30 PM

Dengan bantuan ini, Kak Ros seperti mendapat kehidupan baru dan lebih bersemangat untuk menjalankan perniagaan menjahitnya.

Apa itu SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank?

aaaavckt

Untuk pengetahuan anda, SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank adalah sebuah platform pendanaan patuh syariah yang dilancarkan pada Mei 2019. Jadi, SocioBiz memberi peluang kepada anda membantu insan lain dengan misi untuk memberikan perubahan positif dalam kehidupan mereka, terutamanya dari segi ekonomi dan taraf hidup.

Selain itu, SocioBiz juga bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan demi mempersiapkan mereka dengan sumber dan kemahiran yang sesuai. Kiranya, mereka nanti akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.

9vckt

Ciri-ciri istimewa SocioBiz

  1. Penerima akan menerima jumlah keseluruhan kutipan sumbangan (100% daripada jumlah sumbangan)
  2. Alliance Islamic Bank memastikan semua kempen akan menerima sumbangan terus daripada pihak bank
  3. Alliance Islamic Bank akan memadankan sumbangan bank dengan sumbangan yang diterima dari orang ramai (RM 1 setiap RM 1)
  4. Penerima sumbangan dikenalpasti oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank, iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS)
  5. Penyumbang layak menerima resit pelepasan cukai bagi sumbangan yang dibuat kepada kempen yang dilancarkan (resit akan dikeluarkan oleh rakan kerjasama Alliance Islamic Bank)

Nak tahu lebih lanjut mengenai program SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank? Mudah je, klik di laman sesawang rasmi SocioBiz. 

Semoga dengan program inisiatif daripada pihak  SocioBiz oleh Alliance Islamic Bank ini, penerima sumbangan boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka dan seterusnya menaiktaraf kehidupan masyarakat dengan menyumbang kepada insan yang memerlukan.

Anda Mungkin Suka