Sebuah lagi berita menarik pada minggu ini apabila nilai ringgit dibuka dengan lebih kukuh berbanding seminggu lalu iaitu pada kadar RM4.39 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Peningkatan ini sekaligus menandakan nilai ringgit kukuh selama 3 hari berturut-turut. Selain itu, dolar Amerika Syarikat dilaporkan menyusut berikutan penurunan aliran pembelian yang lebih rendah berbanding jangkaan serta tekanan inflasi pasaran.

Baca Juga:

Sumber: XE

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain. Nilai ringgit juga dilihat lebih kukuh berbanding dolar Singapura kepada RM3.24.

Diharapkan semoga Ringgit Malaysia terus mengukuh membolehkan nilai mata wang negara diniagakan dengan nilai yang lebih rendah dalam tempoh yang panjang.

Sumber