Rio de Janeiro di Brazil menjadi bandar pertama yang mendapat pengiktirafan oleh UNESCO apabila telah dipilih organisasi tersebut sebagai World of Architecture untuk tahun 2020.

Inisiatif yang diwujudkan World Capital of Architecture bersama-sama UNESCO dan Kesatuan Arkitek Antarabangsa (UIA) di mana mereka telah memulakan perkongsian mereka ketika musim luruh yang lepas, usaha untuk melindungi warisan seni bina dan menyokong perkembangan budaya, sains dan perdagangan di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
rio-de-janeiro-jigsaw-puzzle-500-pieces.60880-1.fs
Sumber: Jigsaw Puzzle

Berikutan pemilihan Rio de Janeiro yang telah mendahului Paris dan Melbourne dalam saingan Architectural Digest, bandar Brazil itu akan bertanggungjawab untuk menganjurkan forum World Congress yang akan datang yang dijadualkan pada 19 hingga 26 Julai pada tahun 2020.

Forum ini difahamkan bakal mengumpul ribuan arkitek dari seluruh dunia bagiĀ  membincangkan topik mengenai kelestarian perancangan bandar dan mobiliti.

Untuk forum World Congress yang akan datang, World of Architecture juga telah bercadang akan mengadakan juga acara lain sepanjang tahun hadapan mengikut tema “All the worlds. Just one world”.