Bagi yang membesar dengan muzik Linkin Park, pasti sangat terasa dengan berita kematian Chester Bennington, penyanyi utama kumpulan itu. Ianya satu kematian yang mengejutkan semua pihak kerana Chester memilih untuk menamatkan nyawanya dengan membunuh diri.

Linkin Park memang fenomena bagi saya dan ramai lagi yang membesar pada tahun awal 2000. Album terbaik semestinya album yang menaikkan nama mereka dalam industri muzik, Hybrid Theory. Lagu-lagu mantap ketika era ini seperti Crawling, One Step Closer, In The End setia menjadi halwa telinga peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Begitu juga dengan album kedua mereka, Meteora yang turut mendapat sambutan dengan single-single hebat seperti Breaking The Habit, Numb dan Somewhere I Belong. Album-album selepas dua album ini bagi saya kurang mendapat sambutan kerana mereka mahu lebih bereksprementasi dengan muzik yang mereka bawakan. Peminat berpendapat mereka sudah menjadi terlampau mainstream (dengan lagu-lagu baharu mereka yang dijadikan lagu tema untuk ‘Transformers’) dan mahukan muzik Linkin Park yang terdahulu.

Kerana tidak lagi menghasilkan hit seperti zaman Meteora dan Hybrid Theory, Linkin Park terus dilabel ‘sendu’ serta masa mereka sudah berlalu. Tetapi itu bukan masalah kerana muzik baharu mereka tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mike Shinoda sendiri pernah berkata dalam satu temubual muzik mereka perlu berevolusi supaya ianya dapat diterima ramai termasuk peminat generasi baharu.

Chester Bennington sendiri pernah seketika menjadi vokalis untuk kumpulan legenda Stone Temple Pilots(STP). Beliau aktif membuat tour bersama STP dari pertengahan tahun 2013 sehingga Mac 2015 sebelum mengambil keputusan untuk kembali menumpukan lebih perhatian dengan band asalnya. Ketika bersama STP, beliau tetap menyanyi untuk Linkin Park jika ada persembahan. STP mengambil Chester sebagai ganti vokalis asal, Scott Weiland.

Kematian rakan baiknya, Chris Cornell vokalis kumpulan Soundgarden dan Audioslave sedikit sebanyak mungkin ada memberi influence kepada keputusan Chester untuk membunuh diri. Chris Cornell juga ditemui mati dalam keadaan tergantung. Chester adalah antara individu paling terkesan dengan kematian Chris dan turut menulis tulisan ini di Instragram miliknya khas untuk Chris.

Chester menghadapi masalah depresi sejak beliau kecil lagi. Dalam video di bawah, beliau bercerita secara personal bagaimana beliau struggle menghadapi masalah depresi dan ketagihan dadah. Walaubagaimanapun, beliau terus positif dengan bantuan rakan-rakan dan keluarganya. Terus ke minit 24:00 untuk dengar pandangan Chester tentang depresi.

https://www.youtube.com/watch?v=pfoV2L2MkQ4

Mungkin kerana masalah depresinya yang tidak dapat dibendung lagi, Chester mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tarikh kematian Chester juga sama dengan hari kelahiran Chris Cornell iaitu 20 Julai. Adakah ianya hanya kebetulan atau Chester sudah merancang untuk memilih tarikh ini?

Dua perkara yang dapat kita ambil ikhtibar tentang kematian Chester adalah membunuh diri bukanlah penyelesaian kepada masalah anda. Kadar kematian kerana membunuh diri semakin meningkat di seluruh dunia dan dengan kematian dua artis terkenal seperti Chris Cornell dan Chester, pada saya ianya kini menjadi sesuatu yang common untuk membunuh diri di kalangan artis luar negara.

Setiap masalah adalah ujian. Selagi bernyawa, tiada siapa yang terlepas dari masalah. Yang penting cuba selesaikannya. Bukan lari dengan cara membunuh diri. Di dalam agama Islam sendiri, membunuh diri adalah tindakan yang dilarang dan sangat di benci oleh Allah.

Kedua adalah depresi. Kematian akibat bunuh diri biasanya disebabkan depresi. Ianya bukan sesuatu masalah yang boleh diambil ringan. Walaupun luaran anda seperti orang lain, namun dalaman tidak sama. Seandainya anda mempunyai masalah yang anda rasa tidak dapat lagi dibendung, dapatkan nasihat rakan atau ahli keluarga yang terdekat. Jika anda tiada sesiapa untuk bercakap, boleh juga mendapatkan nasihat dengan doktor psikiatri yang bertauliah. Doktor yang lebih tahu untuk merawat kesihatan mental kita.

Chester meninggalkan seorang balu dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan. Chester akan sentiasa diingati sebagai salah seorang vokalis terbaik dengan tone suara yang tersendiri. Di laman Rolling Stone, ramai artis dunia yang terkesan dengan kematian Chester ini.

Without a sense of confidence and I’m convinced that there’s just too much pressure to take. Semoga pemergian Chester ini dapat membuka mata masyarakat supaya lebih memandang serius tentang masalah dan isu depresi. Selamat tinggal, Chester Bennington.

chester smile