Seorang lelaki di selatan China merahsiakan kemenangan loterinya yang bernilai 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya, sambil berkata dia bimbang kemenangan itu akan membuatkan mereka malas.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Mr Li’ hadir seorang diri ke pejabat loteri di Nanning, di wilayah selatan Guangxi, untuk menuntut hadiahnya, lapor Nanning Evening News.

Baca Juga:

Dia hadir ke ibu pejabat loteri dengan memakai kostum kuning terang yang menutup kepalanya dalam gambar yang menunjukkan dia menerima hadiah.

“Saya tidak memberitahu isteri dan anak kerana bimbang mereka terlalu leka dan tidak akan bekerja atau malas pada masa hadapan,” kata lelaki itu kepada akhbar minggu lalu.

Dia menderma lima juta yuan kepada badan amal dan berkata dia belum memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan baki wang kemenangan.

Untuk rekod, lelaki itu membeli tiket di sebuah kedai di Litang, sebuah bandar dengan kira-kira 120,000 orang di sebelah timur ibu kota wilayah Nanning, kata akhbar Nanning Evening News.

Sehari selepas dia diumumkan sebagai pemenang, dia memandu seorang diri ke bandar untuk menunjukkan bukti tiket di ibu pejabat loteri.

“Saya hanya tidur di hotel kerana saya takut untuk keluar dan kehilangan tiket loteri,” katanya.