Jika sebelum ini kami ada berkongsi perselisihan faham antara jiran mengenai seluar dalam yang ‘terbang’ dari tingkat atas, kali ini lain pula ceritanya.

Masih lagi melibatkan antara dua jiran namun kisah mereka yang tular di media sosial ini juga menerima pujian daripada netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam perkongsian video yang dibuat Nur Syazana Izham, beliau berkongsikan bagaimana jirannya yang berbangsa India menyelamatkan ampaiannya daripada dibasahi hujan yang dirakam kamera litar tertutup CCTV.

“Duduk dekat tempat taklimat banci tadi sedih sebab kain jemuran habis basah kuyup.

“(Tetapi) bila balik saja tengok baju sudah duduk bawah bumbung.

“Terima kasih jiranku sanggup habiskan tenaga dan masa untuk tarik jemuranku,” kongsinya di Facebook.

1
Tindakan jirannya menggunakan kayu untuk menyelamatkan jemuran daripada dibasahi hujan

Menariknya selepas beberapa minit percubaan menyelamatkan itu dilakukan, jirannya itu menurut beliau berjaya menarik jemuran miliknya ke bahagian berbumbung rumahnya.

Bercerita kepada The Vocket, beliau menjelaskan telah berjiran dengan pasangan suami isteri itu hampir enam tahun dan sentiasa berbual bersama isteri jirannya itu sebelum ini.

2

“Kalau saya balik kampung tu ada juga saya belikan buah tangan untuk dia.

“Tidak rapat sangat dan berbual biasa-biasa sahaja sebelum ini dan ini adalah kali pertama dia tolong angkat kain jemuran,” kongsi Nur Syazana.

Malah dia juga telah memaklumkan kepada jirannya itu bahawa tindakan mereka menyelamatkan jemurannya itu telah tular di media sosial dan mendapat pujian daripada netizen.

Bukan sahaja memuji tindakan uncle berkenaan malah ada juga netizen yang berharap agar mereka turut dikurniakan jiran yang saling membantu seperti uncle tersebut.

“Skill dia tu macam dah biasa buat pula, berat tu nak heret. Nak angkat dengan kain full load begitu, salute. Jarang-jarang jiran prihatin begini. Rezeki tu,”.

Manakala ada juga yang berkongsi mereka pernah melalui pengalaman sama dengan jiran-jiran sebelum ini “Alhamdulillah jiran-jiran dekat rumah saya pun camni. Kadang-kadang saya yang tolong angkat kain mereka, saling bantu membantu,” kongsi netizen di hantaran berkenaan.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai drama tiga penjuru membabitkan jiran di sebuah apartment yang berakhir dengan detik manis melalui pautan di bawah. 

Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC

Video Wanita Lempar Barang Dan Rosakkan Rumah Jiran Undang Kecaman Netizen

Sumber