Umum tahu kini telah berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana orang ramai diminta untuk stay at home bagi mengelakkan daripada penularan wabak COVID-19.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.

Arahan ini secara tidak langsung turut membuatkan kerja-kerja pembelian barangan dapur dan barangan basah yang sebelum ini kerap diuruskan si isteri beralih kepada pihak si suami sekaligus dapat dilihat perkongsian si suami di media sosial yang tersilap dan cemas dalam mendapatkan barangan yang dipesan.

Dalam usaha untuk ‘meringankan beban’ si suami mendapatkan barangan yang dikhendaki serta memenuhi keperluan senarai barangan yang diperlukan si isteri, AEON telah memperkenalkan servis personal shopper dimana para pembeli berpeluang memberikan senarai barangan dan seterusnya bakal dibantu oleh para pekerja yang bertugas.

Lebih menarik, para pembeli berpeluang berada di dalam kereta atau duduk menantikan senarai barangan yang dipesan diuruskan oleh personal shopper AEON. Menarik bukan? Pastinya si suami tiada lagi masalah untuk mendapatkan senarai barangan dapur dengan servis daripada AEON.

Ketahui juga 5 resipi Dalgona yang boleh anda cuba sempena PKP sedang berlangsung. Turut dikongsikan, berita kakitangan pejabat korporat foodpanda yang sah dijangkiti wabak COVID-19.

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

foodpanda Sahkan Terdapat Kes COVID-19 Di Kalangan Kakitangan Pejabat Korporat