Sekiranya anda masih ingat, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan buat pertama kali pada tahun lalu, orang ramai dilihat panik dengan membeli barangan secara berlebihan sebagai persediaan sepanjang berada di rumah.

Meskipun sudah dimaklumkan pihak kerajaan bahawa bekalan makanan mencukupi dan ketua keluarga dibenarkan keluar bagi mendapatkan barangan sewaktu PKP, situasi yang sama nampaknya sekali lagi berlaku pada tahun ini sebaik sahaja pengumuman daripada kerajaan dibuat.

Menerusi perkongsian daripada Facebook We are Malaysians, dapat dilihat hampir semua barangan khususnya barangan makanan licin diborong orang ramai yang didakwa membuat pembelian panik sempena PKP yang bakal berlangsung.

136415124_3852617364760582_877503820114007076_o
Sumber: Facebook We Are Malaysians
135851192_3852617514760567_8595218222488524891_o
Sumber: Facebook We Are Malaysians
135767224_3852617588093893_7726662125255834367_o
Sumber: Facebook We Are Malaysians

Situasi yang berlangsung nyata mengecewakan para netizen melihatkan segelintir orang ramai yang masih lagi membuat pembelian panik secara borong. Berikut merupakan komen netizen mengenai situasi yang berlaku.

Screen Shot 2021-01-12 at 8.21.19 PM
Sumber: Facebook We Are Malaysians
Screen Shot 2021-01-12 at 8.21.11 PM
Sumber: Facebook We Are Malaysians
Screen Shot 2021-01-12 at 8.20.54 PM
Sumber: Facebook We Are Malaysians

Tidak kurang juga netizen yang menasihatkan agar tidak membuat pembelian panik secara pukal yang secara tidak langsung membuatkan pembeli lain yang memerlukannya tidak mendapat barangan keperluan khususnya makanan.

Tular pada minggu lalu apabila Khairulaming berjaya menjual 10,000 botol sambal dalam masa satu jam sahaja.

10,000 Botol Dalam Masa Sejam, Sambal Khairulaming ‘Sold Out’ Diborong Peminat

Gaji Pokok Hanya RM550, ‘Pay Slip’ Pengawal Keselamatan Ini Cetus Perdebatan Netizen